Tuesday, July 14

Lapuran MU 11

Analisa awal menunjukkan Undi BN pada pilihanraya kecil Manek Urai bertambah sebanyak 919 manakala undi PAS merosot 398 berbanding pilihanraya umum lalu.

DS Shahidan kata pengundi Manek Urai telah memberi amaran awal pada PAS jangan lagi cakap sombong tuduh orang tak Islam. Menang 65 undi adalah memalukan. Ini menandakan empayar Pas boleh runtuh jika terus digegar.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin syukur bila dapati semua peti undi dalam PRK Manek Urai tunjuk peningkatan undi orang muda sokong BN. Antara sebab nya adalah kerana BN mengenegahkan orang muda sebagai calon.

Ketua Wanita Umno DS Shahrizat anggap keputusan Manek Urai petanda BN kembali menangi hati rakyat. BN sebenarnya menang menerusi perjuangan & keikhlasan kempen.

Husam Musa orang kuat Nik Aziz pula mendabik dada tuduh UMNO main wang sebabkan majoriti PAS merosot tapi akan kaji punca kemerosotan prestasi parti itu. Dia tetapkan salahkan orang lain yang menjadikan undi Pas menurun dengan mendadak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: