Saturday, July 11

PM : Rakyat is the KING

PM dalam ucapan 100 hari bersama rakyat kata era kerajaan tahu segalanya sudah berakhir. Kerajaan akan dengar pendapat rakyat sebelum buat
keputusan.

Beliau juga mengumumkan beberapa dasar baru untuk kepentingan rakyat. Antaranya :

AS 1Malaysia
DS Najib umum satu tabung saham amanah baru - Amanah Saham 1 Malaysia - berjumlah 10 billion unit akan dilancar tidak lama lagi.

DISKAUN TOL
DS Najib juga umum mereka yang bayar tol lebuhraya lebih 80 kali sebulan akan dapat diskaun 20 peratus mulai 1 Sept. Ini adalah langkah sementara.

DISKAUN LESEN MOTOR
PM juga mengumumkan berita gembira untuk orang muda iaitu yuran belajar lesen motor 'kapcai' akan dikurangkan dari antara RM500-RM700 sekarang kepada RM211 saja.

RUMAH
Bagi perumahan rakyat DBKL, PM umum 44,000 unit ditawar opsyen untuk dibeli oleh mereka yang kini tinggal menyewa di situ sekarang.

DISKAUN LESEN PENJAJA
PM juga umumkan untuk meringankan beban penjaja/peniaga kecil kadar lesen perniagaan dikurang 50 % di Wilayah Persekutuan. Beliau harap negeri2 lain ikut sama.

PERANGI RASUAH
Beliau juga berikrar untuk perangi rasuah. Katanya kerajaan akan ambil langkah drastik perangi rasuah dan jenayah. Pengumuman terperinci langkah2 itu akan dibuat hujung bulan ni.

3 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..BAGUS GAK TU..PSL TOL TU LG TURUN SKET PUN CANTEK HEHEHE..APA PUN MMG HADIAH YG DI NANTI2 OLEH RAKYAT..YEHAAAAA!!!

Quantum Metal Consultant said...

Najib syok sendiri.

Alizul said...

Amat sukar bagi sesiapa yang berfikir untuk menerima dasar-dasar berkenaan dengan hanya kata-kata. Walau pun boleh diberi "benefit of the doubt", kita perlu tunggu dan lihat.

Sepatutnya DS Najib tumpukan perhatian sepenuhnya kepada masalah rasuah kerana rasuah dalaman UMNO masih tersemat tanpa apa-apa tindakan konkrit. Rasuah jugalah yang telah menjadi senjata berbisa yang dieksploitasikan oleh pihak pembangkang. Rasuahlah yang masih mendominasi persepsi rakyat.

Amat mudah untuk bermain politik, amat liat untuk membersih UMNO.