Friday, August 7

BEER itu Halal


Jualan arak tak diharam di Shah Alam - itu keputusan terbaru Exco Selangor dalam mesyuaratnya semalam. Khalid Ibrahim juga mengumumkan Exco dengan sebulat suara telah menolak draf jualan minuman keras yang dicadang PAS.

Untuk rekod keputusan ini adalah bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Majlis MBSA (4/2009) mengenai dasar larangan aktiviti penjualan minuman beralkohol dikawasan pentadbiran Majlis dari Seksyen 1 hingga Seksyen 24 dan kawasan yang majoritinya penduduk Islam.

Ternyata keputusan Majlis MBSA lebih islamik berbanding dengan keputusan Exco. Walaupun Mesyuarat Exco disertai oleh tok lebai Pas seperti Hassan Ali, Iskandar dan Halimah namun rupanya mereka ini BACUL-BACUL belaka. Difahamkan tidak ada bantahan langsung dari ketiga-tiga lebai ini.

Rupanya benar lah pandangan rakyat, kuasa perut lebih hebat dari kuasa agama dalam politik. Walaupun mereka tok lebai, tapi bila kena khutbah dari ustaz Ronnie Liu, ustazah bogel Eli dan ustazah ladang babi Terressa akhirnya tok-tok lebai ini kaku mulut untuk pertahankan hukum islam.

Sementara itu Hassan Ali akan buat sidang media Isnin jelas pendirian PAS mengenai Ronnie Liu dan kerajaan Selangor tolak cadangan PAS melarang jual arak. Sekali lagi Hassan Ali meneruskan kepura-puraan nya. Dia berlakon dan terus berlakon.

Diluar dia hentam Ronnie bagai nak rak, tetapi dalam mesyuarat Exco dia bisu kaku bagai suami yang di 'control' isteri. Malah dia belai pulak Ronnie, ' that's politik lah bro'.

Cuba teka, diluar benar, di dalam berlakon atau diluar berlakon di dalam benar atau kedua-duanya benar atau kedua-duanya sebenarnya BERLAKON.

Politik oh politik. Bila manusia sudah menjadi 'political animal', yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal. Semuanya gara-gara perut.

Hanya jauhari jua yang mengenal manikam.

9 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Satu lagi sinetron yaang disutradarakan oleh Anwar "The Drama King" Ibrahim. Pakatan Haram bakal membolot anugerah oskar tahun ini.

Tahniah Bro Hamidzun. Tulisan semakin membara dan membakar. I love it.

red rooster said...

Nik Aziz dan Hadi pun bacul!!!

Anonymous said...

Mungkin kerajaan negeri Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis boleh start haramkan arak.

Alhamdulillah, kerajaan negeri yang saya tulis di atas, majoriti exco dan DUN dikuasai oleh orang Islam

Anonymous said...

HJ HASSAN BEER ALI DULUNYA ADALAH PAKAR MOTIVASI. DAH TENTU BANYAK PUTARBELITNYA

Anonymous said...

SLM BRO..MEREKA DH JADI 'ANIMAL' PUN!. SURVIVAL OF THE FITTEST!..TERPAKSA IKUT MAJORITI 'CELANAT' WLUPN DIA TAU ITU HARAM!...HARKK PTUIHH!!

Anonymous said...

takebeer, takebeer, takebeer, slogan baru dari Hj Ronnie

PEJUANG CYBER said...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

jiwakita said...

salam......

Jika di Selangor isu beer membawa
kegelisahan orang islam kerana
mainan politik PR...

sekaranglah masanya kerajaan negeri
yg diperintah oleh BN boleh menaikkan
semangat orang islam keseluruhannya
dengan serta-merta melarang dan
mengharamkan jualan beer sekala
besar.

Tindakan ini jika ada kesungguhan
dan kekuatan dalaman komponen BN
sahaja yg dapat direalisasikan...

Kerana selama ini BN hanya bertindak bertahan yg memang
membawa kerugian...berubahlah kepada
tindakan balas....

Anonymous said...

Tahniah kapada Ahli Islam PR Selangor,(dari PAS dan PKR),anda sudah menempah tempat dalam sejarah dunia selangor kerana dapat gelaran Orang Taade Iman.
Syabas.
chnagkat Lobak.
arjuna waspada.