Sunday, August 23

Najib Reform - ADUN Lunas MERDEKA


PKR dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru apabila Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media.

Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku.

Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian. Ditanya kemungkinan selepas ini akan ada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas.

Beliau berkata “PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999.

Radzhi bertindak lebih pantas dan lebih licik dari anwar ibrahim. Sebelum ini terdengar cerita Adun Lunas itu akan di jadikan mangsa politik PILIHANRAYA KECIL seperti Arumugam di Bukit Selambau dan Fairuz Khairuddin di Penanti.

2 comments:

ruhul adli said...

inilah dia.
pejuang pengecut sejati
buat malu anak kedah je.
klu rasa PR Kedah dah x betul, letakla jawatan. Pastu buat pilihanraya lg.
n then sah2 la UMNO x bertanding.
lg satu, klu dah msok bebas tu ltkla jwtn dr exco kedah.
nampak sgt gila kuasa.

Jeffry said...

SLM BRO..MMG DH LAMA PUAK2 PAKATAN DH SANGSI SEJAK LAMA LG. CUMA DIORANG MASIH RAGU2. BILA DLM HATI ADE KERAGUAN BERMAKNA MEREKA TAK YAKIN LA TU