Monday, August 24

Lunas MERDEKA - Anwar Maksum

Sebagaimana biasa apabila ada peristiwa berlaku yang tidak memihak kepada pakatan pembangkang, meriam serta seluruh peluru berpandu akan diarahkan kepada pihak yang terbabit untuk diserang.

Walaupun suatu ketika pihak yang terbabit sama-sama tidur sebantal, apabila bercerai, segala kemanisan semuanya bertukar menjadi pahit. Inilah yang dapat disimpulkan daripada komen Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas tindakan ADUN PKR kawasan Lunas Mohammad Radzhi Salleh yang mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Dalam komennya yang disiarkan oleh blog beliau, Anwar yang terkenal dengan lenggok bahasa berbunga-bunga menyerang Radzhi dengan membangkitkan soal peribadi ADUN berkenaan.

Selain itu, Anwar yang memang terkenal dengan seni mengalih perhatian juga macam selalunya membuat serangan terhadap Barisan Nasional (BN) dan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM dalam ulasannya terhadap isu berkenaan. Soal pendedahan Radhzi tentang kepincangan dalam PKR tidak diulas dan tidak pula dijawab.

Jika diambil kira kenyataan Anwar itu jika dihujahkan semula akan terkena batang hidungnya sendiri. Soal prestasi, kenapa setelah Radzhi umum keluar parti baru ditimbulkan.

Jika Anwar benar-benar orang yang berpegang kepada soal prestasi, inilah masanya beliau membetulkan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa oleh orang paling kanannya, Azmin Ali perlu dirombak kerana tidak efisien. Jangan nanti jika ada ADUN Selangor yang hilang keyakinan dengan PKR maka soal prestasi mereka diserang dan peribadi mereka dicerca.

Begitu juga apabila Anwar menjadikan soal tuntutan perbelanjaan yang tidak munasbah oleh Radzhi, apakah Anwar lupa beberapa orang Ahli Parlimen PKR dan PAS pernah dihadapkan ke mahkamah kerana bukan sahaja membuat tuntutan melampau tetapi tuntutan palsu. Jika anwar terlupa bolehlah bertanya kepada Mohd Apandi Mohamad, bekas Ahli Parlimen Jeli, Kelantan.

Begitu juga Anwar cuba memburukkan Radzhi dengan mengaitkan soal perkahwinan di Thailand. Apakah Anwar boleh menutup mata atau sengaja nak tutup cerita, Ahli Parlimen Kota Bharu sekarang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah juga pernah dihadap ke mahkamah kerana soal kahwin di Kemboja. Pada 30 April 2002, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM1,800 ke atas Wan Abdul Rahim kerana kesalahan mengahwini seorang warga wanita Kemboja di negara itu dan berpoligami tanpa izin pihak berkuasa agama Kelantan.

Bagaimana pula dengan kes ADUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja yang diajak memeluk Islam kemudiannya diceraikan. Malah tidak keterlaluan apa salahnya Radzhi kahwin dengan wanita di Thailand jika syarak membenarkan. Dia bukannya kahwin atau main dengan jantan. Kalau itu ia bukan sahaja perlu dikritik perlu ditentang habis-habisan.

Nampak gayanya semua orang dalam PKR dan pembangkang selagi mana mereka berada dalam PKR dan pembangkang, adalah baik-baik belaka. Keluar sahaja pasti buruk. Atau Anwar sahaja yang maksum sama macam Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang boleh tentukan siapa masuk syurga atau neraka.

Andainya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jika selepas ini katakanlah ‘bercerai’ dengan pembangkang atau Anwar, apakah serangan Anwar terhadap beliau agaknya.

Petikan http://www.agendadaily.com/

3 comments:

Anonymous said...

bior aku sambung ayat ko ...

mesti dikatanya wan azizah ada simpan anak ikan .....hahahaha

yg betul dia sorang jee...

caya lah bro anwar.

tiger

jiwakita said...

salam.....

Seseorang pemimpin bila berbicara
tanpa sedikitpun sekatan dan tapisan
dengan memburuk-burukkan peribadi
orang lain...maka ianya bukanlah
'IKON' yg harus disanjung....

Begitulah juga ulamak politik
bila bermadah berayat suci..
mengkhafirkan sebangsa dan seagama
..maka ianya bukanlah 'IKON' yg harus diagung...

Persolannya di Malaysia kini adakah
kita ketandusan pemimpin dan ulama
tersohor untuk menjadi 'IKON' untuk
diteladani dan diikuti?

Apakah ruang dan peluang masih disempiti atau platform belum
dibuka lagi...

sedarkah diri kita?

Hujan said...

Yg antar surat bercop DAP Tu.mahu buat modal utk akhbar pembngkang dan politiciannya. kira2 maruah DAP Trbela la.Hantar benda2 aneh ni mcm stail TIAN chua je. dari 1999 dulu lg aku xyakin ngan mamat ni. walaupun aku PEMBELA Anuar waktu tu. antara cina DAP ngan cina PKR. aku lg sangsi CingPkr. Melayu...beri prhatian pd ChnPeng Moden ni...aku kalu jumpa, aku belasah budak kurus ni. PELIWAT BANGSA MELAYU spesis menyamar.. jaga ko...Pada bloger.. HUJAN EMAS DINEGERI PAHANG..HUJAN BATU DINEGERI KEDAH..