Saya ada terdengar sok sek sok sek mengenai Rohaizat calon BN di Permatang Pasir. permatangpasir2009.blogspot.com menulis :
"Oleh itu, dalam aduan oleh Koperasi, Rohaizat telah dinamakan..beliau telah menjadi MANGSA KEADAAN utk selamatkan firma & rakan kongsi."
Dia sebenarnya mangsa keadaan dunia business yang rakus tanpa kasihan. Benarlah kata pak kaduk - Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Rohaizat bukan seorang. Ramai lagi anak muda mengalami nasib yang serupa dipermainkan oleh rakan-rakan kongsi. Ada juga sebenar ramai ahli politik parti pemerintah dan parti pembangkang yang pernah mengalami perkara yang serupa.
Berilah peluang kepada mereka. Mereka ada masa hadapan di medan yang lain. Bukan di bidang kepeguaman, tetapi medan berkhidmat kepada rakyat. Rohaizat kena jadi HAMBA yang berkhidmat bukan TUAN yang berkhidmat.
Saya yakin dia boleh laksanakan. Selamat berjuang Rohaizat.
Nyatakanlah kebenaran, walaupun ianya pahit. Saya yakin, orang yang meliwat itu lagi berdosa kalau nak banding dengan kesilapan Rohaizat yang dimainkan oleh rakan kongsinya.
Dunia politik di Permatang Pauh ini sangat luar biasa kan !
No comments:
Post a Comment