Sunday, August 30

Tahniah Melayu Shah Alam

"Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak.

1) Tiap-tiap hari ramai orang luar berkumpul sembahyang diiringi trompet serta gendang berkumandang dari pukul 7.00 petang hingga 11.00 tengah malam.
2) Beberapa ugutan bunuh terhadap penduduk telah berlaku. Ada penduduk diugut dengan meletak pedang di get rumah.
3) Ahli penduduk nak buat kenduri tahlil pun kena bayar duit perlindungan dengan pihak samseng kuil walaupun penduduk India dipersekitaran kuil hanya lima keluarga saja.
4) Kegiatan samseng 303 semakin rancak mabok-mabok dan berkumpul di kawasan kuil serta rumah penduduk diconteng 303. Penanda jalan diconteng 303 sebagai tanda markas. Kelengkapan dapur penduduk juga dicuri, pantang nampak letak di luar mesti kena curi.
5) Kami khuatir samseng 303 akan membakar rumah penduduk yang berani membantah perbuatan mereka seperti yang telah berlaku pada 25/3/1994 yang lalu.

# Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat . aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.

1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat .
3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
4) Bunyi-bunyian special lagi di ada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang.
6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE.
7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘ kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat lapuran pun lambat.”
sumber - minaq-jinggo.fotopages.com



Sudah merdeka 52 tahun pun masih ada yang lupa siapa itu Melayu.

MELAYU - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabaumemang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka - DR usman awang

8 comments:

Anonymous said...

Jiwa aku sebagai MELAYU kini cukup tertekan. Nasib baiklah agama Islam melarang umatnya supaya jgn jadi macam TBH.

Mata kecik sebelah..

Anonymous said...

Jangan jadi Melayu di Singapura sekarang Melayu Singapura dah jadi kaum minority 18% bawah dari kaum India 21%. Kemana Melayu nak pergi sekiranya tanah Melayu tiada di peta dunia. Sekurang kaum India & Cina ada Negera India & Cina. Sekarang nak cakap pasal hak Melayu di tanah Melayu tiada erti kerana Melayu sanggupu jadi boneka demi kuasa politik

Anonymous said...

Karpal Singh tenat? Layari : http://www.malaysia-instinct.com/

Nasionalis1982 said...

Salam Merdeka,

Menjelang 31 Ogos, wajib tonton 1957 Hati Malaya.

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/08/menjelang-31-ogos-wajib-tonton-1957.html

TAAVEEKUN PERAK said...

apa dah jadi dgn pembesar2 rojak di selangor? takkan nak pupuskan melayu? paria2 tu telah menganggu ketenteraman awam.polis tggu apa lagi? bila nak bertindak? tahan si khalid gagap dulu.pastu masukkan anwar dalam penjara sg buloh.pasti byk perkara akan selesai.tak caya? cuba dulu.

ajijasin said...

salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!

MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

DAN SALAM MERDEKA!!!

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Unknown said...

Allahyarham Usman Awang,

puisi2nye semua menyengat. SN yg terulung