Saturday, August 1

TEMPUR 8

PAS dakwa 200,000 orang berdemo. Itu karut. Pemimpin Pas sekarang ni dah jadi munafik betul. Asyik nak menipu rakyat saja. Susah nak kira angka sebenar kerana campur orangramai. Paling ramai di lokasi lain-lain mungkin lebih kurang 10,000 kot.

Beberapa pegawai polis cuba masuk PAS HQ di Jalan Raja Laut untuk menangkap mereka yang menyorok disitu tapi dihalang. Anwar dan pemimpin PAS dipercayai masih di situ. Taktik Pas menggunakan HQ untuk menghalang tugas Polis telah berjaya.

Kecuali yang dalam HQ PAS, jumlah di sekitar Jln Raja Laut dah tak ramai. Namun masih ramai lagi peserta demo kumpul di sekitar Sogo/Pertama.

Tiada siapa bolos ke Istana Negara. Di Masjid Negara adalah 1,000 orang dalam. Dataran Merdeka lengang. Sogo/Pertama/Maju Junction masih ramai.

Mereka merancang demo pusingan kedua khabarnya. Mereka bertekat bahawa mereka lebih berkuasa dari pasukan keselamatan. Mereka tidak menghiraukan keselamatan wanita, orang tua dan kanak-kanak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: