Thursday, September 10

DAP Membuli Kakitangan Awam

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim berasa hampa dengan keterangan yang diberikan oleh saksi ketiga dalam persidangan Selcat pada hari kedua, semalam.

Chang Khim berkata, soalan yang ditanya kepada saksi tidak dapat dijawab dan tiada jawapan yang benar serta munasabah diperoleh daripada mereka. “Saya kira itulah mentaliti cara kerja pegawai kerajaan dan cara pegawai kita memikir. Sekiranya ia begitu, saya rasa banyak rombakan perlu dibuat ke atas dalam pentadbiran mereka bagi menguruskan peruntukkan.

“Malah, dengan cara yang ditunjukkan oleh pegawai daerah kita, saya rasa kecekapan pegawai daerah kita tidak dapat dipertingkatkan,” katanya dalam sidang media selepas persidangan Selcat di Dewan Annex, semalam.

Menurutnya, beliau melihat pegawai-pegawai dalam kerajaan senang untuk tunduk dengan tekanan dalam memberi kelulusan. Chang Khim berkata, pegawai daerah tidak mahu memberi komen sebagai pegawai kewangan terhadap cara pengurusan peruntukkan yang dilihat jumlahnya begitu luar biasa.

Hal ini disebabkan peruntukkan untuk 12 bulan telah dihabiskan dalam masa satu setengah bulan dan ini memerlukan penjelasan yang terperinci. “Keadaan itu sudah tentu perlu dijelaskan dan sebagai seorang pentadbir yang berpengalaman dalam pengurusan kewangan perlu memberi komen dan cadangan. Sekiranya terdapat kelemahan kita boleh perbaiki lagi pengurusan kewangan tersebut.

“Tetapi mereka tidak dapat menjawab dan memberi penjelasan terhadap persoalan itu. Kami bukan mahu salahkan mereka dalam memberi kelulusan ke atas setiap tuntutan dan permohonan yang dibuat tetapi kami hanya berharap mereka dapat memberi keterangan,” katanya.

sumber ; http://www.sinarharian.com.my/selangor

Komen warisan -

1. Tahniah kepada wakil DAP Sg Pinang yang membelasah orang Islam kakitangan awam.
2. Baru 18 bulan mereka memerintah, mereka sudah mula membaruahkan orang melayu
3. Baru 18 bulan mereka memerintah, mereka nak jadikan selangor macam singapura, (kemana yer melayu singapura sekarang)
4. Ini lah jenis parti yang dibagi betis nak peha, dibagi peha nak tengah, dibagi tengah 'alamak' termengandung lah anak melayu.
5. Kalau ini bukan diskriminasi kepada orang melayu apa namanya ?
6. Dap telah menyalahgunakan SELCAT untuk kepentingan politik.
7. Munasabahkah - mereka yang buat peraturan dan undang-undang, mereka yang buat pendakwaan, mereka yang jadi juri, mereka yang menjadi hakim dan mereka yang menjadi warden penjara ! (Dimanakah konsep Separation of Powers yang meraka laung-laungkan)
8. Kita cuma nak pertahankan kita punya, itu hak kita sebagai orang melayu sebagai orang Islam ; tetapi mereka nak rampas segala-galanya atas nama demokrasi dan hak asasi, Jadi hak asasi kita di mana ?
9. Semakin jelas lah senikata warisan - bumi dipijak kini milik orang.
10. Selamatkah masa depaan melayu jika mereka terus bertakhta? (Soalan ini sendiri mau jawab lah melayu!)
Kita rindukan pejuang seperti ZAABA.

2 comments:

x-pkr said...

dlm inquiry tu ada sorg mamat melayu dayus ADUN Bkt Antarabangsa turut serta.....dia melayu yg melayukan melayu...

Anonymous said...

kesian pegawai daerah mcm di bodoh2kan jer.. kalau aku, aku dah baling muke teng tu dgn buku...