Monday, September 28

Nizar Raya; SELCAT ; Dr Asri - Hassan Ali jangan jadi Munafik

Isu Selcat: Hasan Ali perlu tegas menyatakan pendiriannya yang Islamik, kata Dr Asri
Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Kritikan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) turut mendapat reaksi dari mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan," jelas beliau pagi tadi.

"PAS sebagai parti yang selama ini melaungkan slogan Islam tidak boleh tenggelam dalam permainan politik sehingga melupai prinsip-prinsip yang pernah dinyatakan," kata tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat dan tidak berpihak pada mana-mana parti politik.

Kata Dr Asri lagi, jika selama ini PAS lantang mengkritik Kerajaan BN, apakah wajar untuk PAS membisukan apabila melihat kecacatan yang nyata dalam kerajaan yang dikongsinya dengan orang lain.

Sumber ; http://www.mstar.com.my/mstar_berita

Komen Warisan;

1. Terima kasih atas pandangan ikhlas Dr Asri.

2. Inilah yang membezakan antara ulama politik dan ulamak Islam.

5 comments:

hazam said...

ramai yg pening dgn mantan mufti perlis ni...tapi ramai yg dapat mengagak beliau menyebelahi parti mana...

YANG GAMBI said...

Salam, umat Islam sepatutnya lebih sedar bahawa selama ini PAS khawarij hanya mempergunakan Islam unutk jawatan dan kuasa....

Anonymous said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

musyafir said...

tompang lalu

musyafir said...

pecat KJ