Monday, September 28

Nizar Raya ; SELCAT: Perang Dingin Ulamak Vs Erdogan

PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini tidak bercadanguntuk mengambil tindakan disiplin ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr.Hasan Mohamed Ali berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan iaitu Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor, yang terus dengan pendiriannya mempertikaikan tatacara Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tahun lalu.

Pendirian ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Malah Nasharudin juga berkata, pandangan beberapa pihak bahawa Hasan harus dikenakan tindakan bukan menunjukkan ada usaha mahu menjatuhkan beliau.

Ia cuma perbezaan pandangan yang wujud di kalangan pemimpin negeri dan pusat, katanya.

"Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki.

"Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin.

"Penjelasan, ya... kami akan minta penjelasan (daripada Hasan) tentang apa
sebenarnya perkara yang berlaku," kata beliau kepada pemberita sempena Majlis
Rumah Terbuka Aidilfitri dekat di sini petang ini.

Dalam PAS, katanya, usaha ke arah diambil tindakan disiplin perlu melalui beberapa proses.


"Dalam konteks ini, saya secara peribadi tidak melihat kepada keperluan untuk diambil tindakan disiplin," katanya.


Sumber mstar

Komen Warisan2057:

1. Tahniah kepada Ustaz Nasaruddin yang telah mempertahankan Hassan Ali.

2. Semua tahu yang Ustaz Nasaruddin adalah pemimpin Ulamak yang sah yang cuba di jatuhkan oleh Erdogan pimpinan Husam selepas Husam tewas dalam pergelutan Timbalan Presiden Pas.

3. Hassan Ali adalah sekutu kuat Nasaruddin di Selangor .

4. Antara yang beriya-iya mahu Hassan Ali di gantung adalah Mahfuz Omar dan Khalid Samad. Kedua-duanya adalah hulubalang rapat Husam .

5. Kini Hassan Ali boleh menarik nafas lega bahawa Ustaz Nasaruddin akan mempertahankan pendiriannya dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat.

6. Kumpulan Erdogan memang diketahui amat rapat dengan dengan Anwar Ibrahim kerana mereka menyimpan hasrat untuk menjadi menteri penuh apabila Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

7. Kumpulan Erdogan telah juga mempertahan cita-cita dan dakyah rejim DAP yang juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim.

8. Jadi yang menjadi dalang dalam mepergunakan SELCAT sebenarnya adalah Anwar Ibrahim yang berjaya mempengaruhi rejim DAP untuk menghentam kakitangan awam di Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

SAH DAN NYATA!..AL JUBURI IS THE PUPPET MASTER!..KLU TAK MASA KAN 'FATHER' KHALID SAMAD LANTANG BANTAH DATUK HASSAN? HUHUHU