Wednesday, September 23

Nizar Raya ; SELCAT yang mengkerbaukan Kakitangan Awam

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Dr. Khir menambah, Selcat digunakan sebagai "instrumen kuasa politik, bukannya untuk memperbaiki pengurusan kerajaan negeri."
"Ia lebih merupakan instrumen politik," katanya.
Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.
Kelmarin, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.
Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.
Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.
Komen Warisan2057
1. Rejim Dap telah berjaya menjadikan Selcat sebagai institusi baru untuk terus menekan umat Islam.
2. Hak untuk didengar (right to be heard) untuk diwakili peguam juga telah dinafikan untuk kakitangan awam dalam perbicaraan Selcat.
3. Kakitangan awam hanya sekadar punching box Rejim DAP dan suku sakatnya.
4. Kakitangan awam yang lurus dalam tugasan harian mereka kini dipalitkan oleh Rejim DAP untuk terus menekan imej umat Islam.
4. Selcat sudah menjadi IO (pegawai penyiasat), DPP (pegawai pendakwa), Hakim (jatuhkan hukuman), pegawai penjara kepada kakitangan awam di selangor.
5. Pemimpin PAS dalam Exco Selangor ibarat kuda tunggangan, ditunggang untuk kesedapan pemimpin Rejim DAP membalun umat Islam.
6. Pemimpin Islam dalam PKR pula ibarat boneka yang hadir sebagai pelawak untuk mentertawakan kakitangan awam.

4 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..DIORANG BRU DPT KUASA DH JADI GILER KUASA. SEBELUM NI DIORANG KATA SPRM, POLIS GANAS TAK IKUT PERATURAN, SKRG DIORANG LEBIH SUDU DARI KUAH!..DAP DH NAIK TOCANG NAK TUNJUK TERER!..ISLAM DH JADI BAHAN LAWAK KAT SELANGOR HASIL 'KERJASAMA' PAS DAN PKR..KLU DI BIARKAN LAMA2 MAKIN HANCOR LA ORG MELAYU KAT SELANGOR BROO!!

KALAM JAUHARI said...

Bagus juga perkara begitu berlaku, banyak kakitangan awam di Selangor adalah penyokong PR. Sekarang kita tanya..haaa apa awak rasa..oren????

Anonymous said...

Komen ini datangnya dari blog "dfk" salah seorang EXCO PAS Selangor. Saya amat terkejut apabila ada pihak yang begitu marah apabila Exco Selangor Dato' Hasan Ali membuat teguran tentang Selcat. Saya tidak ingin menyenaraikan nama mereka yang marah atau secara terperinci teguran-teguran itu kerana ianya tersebar luas di dalam akhbar-akhbar. Tetapi saya terkejut kerana Pakatan Rakyat mendokong kebebasan bersuara tetapi ada pemimpin-pemimpinnya yang cuba menyekat Dato' Hasan dari bersuara. Kenapa kita menjadi cakap tidak serupa bikin?

Kita kerap mengkritik UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak memberi hak kebebasan bersuara atau menegur kepada pemimpin atau ahli-ahlinya. Tetapi sekarang nampaknya kita sudah hendak menjadi seperti UMNO dan Barisan Nasional kerana kita juga hendak mengamalkan polisi sekat-menyekat ini. Sesiapa yang bersuara akan dicap sebagai hendak menubuhkan kerajaan perpaduan atau bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar.

Juga saya terkejut di dalam isu Selcat ada yang menganggap bahawa ianya sudah "perfect". Ingin saya ingatkan di sini bahawa hanya Allah SWT sahaja yang "perfect". Dalam satu Muktamar Agung PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pernah di dalam ucapan penangguhan berkata bahawa terdapat pepatah Arab yang bermaksud, "Apabila kita merasakan sesuatu itu sudah lengkap, maka tunggulah saat kehancuran".

Kita tidak boleh menjadi angkuh sehingga merasakan sesuatu yang kita buat itu tidak ada cacat celanya. Kerana kita akan jadi seperti UMNO dan Barisan Nasional jika berpendapat begitu.

Kerajaan Negeri Selangor pada November 2008 telah menurunkan sewa rumah PPR bagi golongan tertentu. Tetapi kita terus mendapat bantahan dan tuntutan agar sewa untuk lebih ramai golongan diturunkan. Kerajaan Negeri tidak menutup telinga kami terus mendengar kepada rakyat. Akhirnya bulan lepas lebih ramai golongan telah diberikan penurunan sewa.

Berbalik kepada Dato' Hasan, saya menyokong penuh kepada hak beliau untuk memberi pandangan. Saya berdiri teguh di belakang kempimpinan beliau di negeri Selangor. Begitu juga dengan beratus-ribu ahli PAS yang telah memberikan undi kepada bukan sahaja PAS tetapi PKR dan DAP. Mereka ada di mana-mana, dari Sg. Pinang ke Taman Medan, dari Kajang ke Bukit Melawati.

Tok Jerai said...

Sepatutnya Penjawat Awam Selangur menarik nafas lega sambil mengucap Syukur, kan ke awak orang yang berminat nak tukar kerajaan Selangur? sekarang dah dapat, patuh dan sokong le, apa dok bunyi2..

Dulu semasa Kerajaan BN yang didokong oleh UMNO memerintah semuanya tak betol, Korup, Tak adil, Menindas, Zalim dan macam2 lagi, sekarang SELCAT kan ke nak tingkatkan prestasi kerja yang awak orang laung2kan..? terimalah dengan mulut terbuka..

Itule kalau orang bodoh nak tunjuk pandai, konon2 nak buat lebeh baik dari orang, yang jadi bukannya lebeh baik, tapi lebeh klgkabut, pastu ada pulak yang nak tunjuk lagi pandai, komplin suruh kaji semula SELCAT, bukan apa tu, nak cari sokongan sebab kawan kita si Kopiah Kolom tu pun ada hajat nak jadi MB..hajat yg cukup besar..

Kalau tengok betol2,semuanya main wayang cuma watak lain2, tapi dalam adigan yang sama, dibalek Tirai Pentas mereka bergelak dan berpelok sama sendiri, justru itu BN/ UMNO Selangur kena berhati2, jangan percaya bulat2..

Apa pun diharapkan sesuatu akan berlaku di Selangor, kalau kena jalannya Pakatan Rakyat akan ber tukar jadi Punah Ranah..pandai2lah main peranan, jangan juah sangat, bak kata orang cakap siang pandang2 cakap malam dengar2..