Thursday, September 24

Nizar raya ; SELCAT – Giliran Mahfuz Belasah Kakitangan Awam

Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan 'kritikan' pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online.

"Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.

"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.

"Mereka yang disoal siasat mahukan layanan kelas satu," kata beliau sambil berseloroh.

Perjalanan Selcat menjadi isu sejak minggu lalu apabila ia dikritik pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Sumber : http://www.mstar.com.my/mstar_berita

Komen warisan2057

1. Tahniah kepada pemimpin PAS yang bersilih ganti mempertahankan sekutu mereka rejim DAP yang membalun umat Islam di Selangor.

2. Nampaknya tindakan rejim DAP membalun kakitangan awam di Selangor disambut dengan sorakan gembira oleh sekutu-sekutunya PAS dan PKR.

3. Kenyataan Mahfuz bahwa SELCAT ini lah perlaksanaan konsep pengasingan kuasa merupakan kenyataan yang dangkal dari seorang pemimpin kanan PAS.

4. Kita tahu Mahfuz tak masuk Universiti, namun jangan lah berlagak serba tahu dalam semua perkara.

5. Yang paling simple kita nak tanya Mahfuz, wujudkah pengasingan kuasa apabila SELCAT menjadi IO, DPP, HAKIM dan PEGAWAI PENJARA yang membicarakan dan menyalahkan kakitangan awam yang rata-rata terdiri dari orang Islam. Saya yakin budak taski PASTI juga tahu menjawab soalan saya.

6. Kenapa kakitangan awam menjadi punching box pergelutan polemik politik yang mahu mengenepikan hak orang Islam dalam pentadbiran negeri yang telah lama tercatat dalam sejarah dan dicernakan di dalam perlembagaan persekutuan.

7. Rakyat pelik kenapa PAS beriya-iya benar mempertahankan rejim DAP yang hendak membelasah kakitangan awam terus-terusan. Mesti ada udang disebalik mee !

5 comments:

Anonymous said...

SEmua orang bersalah,mereka jadikan nya gelangang mencari salah orang dan dgn cara itu boleh kakitangan yg sediaade walaupun dah berjasa dan berkhimat puluhhan tahun boleh di sinkirkan dan di ganti dgn org baru.Apalagi semestinya kekosongan itu di ganti dgn org yg mendokong idologi pakakan haram.
PAS hanya mendiamkan diri setelah di jolok camry .sampai duit zakat pun nak kebas hrrrrrketuiii.

Anonymous said...

Dijadikan gelanggang untuk mewujudkn alasan menyikirkan orang yang sedia ade,dan mengantikan post post penting pada org-org mereka ,maka yg tinggal hanyalan pembancuh kopi dan penghantar surat.
Haiii...nasib-nasib,masih butalagi org yg mengata membela agama dan keadilan,Sememang mereka tgh buta hati demi sebuah camry..

Anonymous said...

anon #3

sebenarnya kakitangan awam sgt disanjung jika dia amanah dan jujur......
peduli apa dengan org politik...sbb kita boleh tukar bila sampai masanya....5 tahun sekali kan mengundi...
sbb itu penjawat awam bila org2 politik contohnya yb2 suruh buat benda2 yg menyalahi peraturan kerajaan itu sendiri jgn la ikut...
kalau ikut juga....dapat la share kat akhirat nanti.....

apa yg payah sgt nak faham....
kalau tak salah penjawat awam itu akan disanjung la.BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.....

tak payah masuk U pun org leh faham la.....

Anak Perelih said...

Betul lah apa Mahfuz cakap... Selcat dibawah legaslatif (DUN)... dan pegawai kerajaan dibawah executive... sebab tu Hassan Ali membela pegawai daerah tu sebab dibawah executive...

Dah Mahfuz tak menemplak hassan ali pun dari kenyataan dia tu....

mfuadjr said...

Sudah tentu PAS kena pertahankan DAP kerana mereka sama-sama di dalam kerajaan Pakatan Negeri Selangor, macam UMNO dok pertahankan MIC & MCA walaupun benda yang depa buat jelas-jelas salah,.....kena faham la tu...takkan benda " straight forward" cam tu pun susah nak faham...kan ini " political game "