Ianya bermula dengan kempen 16 September 2008, cita-cita penasihat parti yang ingin menjadi Perdana Menteri walaupun realiti nya Pkr yang 'kahwin mutaah' dengan Dap dan Pas memang tidak punya majoriti di Dewan Rakyat.
Ahli parti umumnya dan rakyat jelata khususnya terpukau dengan pidato hebat penasihat parti yang sebut ' I have the numbers'. Harapan pemimpin parti lebih hebat dari itu kerana al maklum lah masing-masing mahu bergaya menjadi pak menteri atau setiausaha politik, akhbar, sulit kepada pak menteri.
Harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari ! Rupa-rupanya cakap dan janji penasihat parti hanya lah omongan kosong yang tak pernah kesampaian.
16 september 2008 berlalu, tapi tanpa perlaksanaan apa yang dijanji oleh penasihat parti. Rakyat di tipu hidup-hidup oleh penasihat parti. Rupanya pemimpin dan ahli hanya bermimpi di siang hari.
No comments:
Post a Comment