Saturday, October 10

Nizar Kini : Jihad atau Jahat Pas di Bagan Pinang ?

Sentimen Jihad dimainkan oleh Nasruddin Tantawi Mahafiraun. Ini lah kesesatan pemimpin Pas yang mentafsirkan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka dan bukan untuk kepentingan Islam dan Umat.

Pas menggunakan perkataan Jihad itu memusuhi dan menyerang umat Islam sendiri ! Sedangkan kuffar musrikin Pas belai dan Pas peluk.

Exco Selangor yang bertelanjang bulat, Pas peluk. Exco Selangor yang kata BEER itu halal, Pas pertahankan, Adun Selangor yang suruh wang zakat diagihkan kepada orang bukan Islam, Pas belai ! Perjuangan berhala Pas kehadapankan.

Wah Pas untuk semua, yang putih Pas hitamkan ; yang hitam, pas nak putihkan. Semuanya kerana gila kuasa yang amat menyesatkan.

Pas adalah Pas ; Pas bukan Islam. Perjuangan Pas hanya perjuangan parti untuk mendapatkan kuasa. Selepas mereka dapat kuasa, mereka akan salah guna kuasa.

Belum berkuasa pun mereka sudah jual agama. Sesudah berkuasa tentunya mereka akan jual Agama, bangsa dan negara !


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

tp mmg hairan dgn pengikut hamPAS ni, kenapa mrk masih xnampak lg kenyataan yg begitu jelas di hadapan mata n pkrn mrk? Agaknya mrk dah termakan taik or terminum air kencing 'ulamak2' mrk ke? Hgga da ke tahap ni pun mrk masih setia dgn hamPAS, diorg ni pekak & buta agaknya?