Sunday, October 4

Nizar kini - Pas menyambut Ust Gobala di Bagan Pinang

YB Gobala Krishnan muncul lagi. Kali ini di bagan pinang. Tahniah kepada Pas yang menggunakan orang bukan Islam untuk mentertawakan ayat AlQuran.

Sudah lama Gobi tak buat hal. Kali terakhir di PRK Permatang Pasir. Dia tumbuk Polis di situ. Dia tak kisah. Bagi Gobi menjadi YB adalah tiket untuk melakukan segala-galanya. Dia maki hamun orang, dia tumbuk polis, dia hina ayat Al Quran. Dia tak kisah masuk dan keluar penjara kerana bagi dia itu lah asam perjuangan.

Di Bagan Pinang, peranan Gobi lebih besar. Pas sudah menobatkan dia sebagai USTAZ. Yer Ust Gobi. Ust Gobi dijaja di sekeliling Port Dickson.

Malam tadi Ust Gobi bersyarah. Dia guna ayat Al Quran untuk menghentam umat Islam. Bagi Ust Gobi, PR yang dianggotai rejim Dap, Pkr sosialist dan Pas taliban lebih layak memerintah negara ini. Dia meyakinkan rakyat dengan memutarbelit ayat Al Quran, sedangkan dia tak beriman dengan Allah yang menurun ayat-ayat suci itu.

Menurut Ust Gobi juga, dia berterima kasih kerana ada pemimpin Pas yang telah menawarkannya bantuan zakat. Dia kata Umno tak buat yang ini, tapi pemimpin Pas lebih baik kerana boleh beri bantuan zakat kepada orang bukan Islam seperti nya.

Syabas Pas, Ini PAS FOR ALL. Bogel boleh, TakeBeer boleh, Zakat pun boleh untuk semua.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah cara Islam di hina Melayu di pijak. Inilah akibat ingin kuasa politik PAS sanggup membiarkan sesiapa yang tidak bersama Allah swt membaca Al-Quran tanpa ada perasaan bertawadud. Ini PAS untuk menipu rakayt Islam. Semuga Allah swt memberi petunjuk kepada Ahli PAS ke jalan yang benar demi agama ku Islam, bangsa ku Melayu dan negara ku Malaysia

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

18 kes menanti Ust Gobi...by..by...