Saturday, October 3

Nizar Kini ; Semakin jelas Hassan Ali akan jadi MB Selangor

Bertempat di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja,Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor, Yb Dato Dr Hassan Ali telah sudi MENGIMAMKAN majlis tahlil dan solat isya berjemaah.

Ianya merupakan suatu majlis tertutup oleh sebuah famili UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat bersama dengan jiran tetangga dan Ajk masjid berhampiran.

Apakah ini akan menjadi bunga bunga tanda awal Dr Hassan Ali bakal meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin panas dengan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid LEMBU..? Beberapa bulan yang lalu isu Arak dan kini isu SELCAT.

Selesai mengimamkan solat isya, Hassan Ali telah memberikan tazkirahnya yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.

Ketika menyampaikan tazkirahnya itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan jualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam…!

“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah…! Yb kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi.


Sumber : http://medan-info-kita.blogspot.com%20hassan-ali-html/

Komen warisan

1. Nampaknya rundingan Hassan Ali dengan seorang bekas pemimpin kanan Umno semakin menampakkan hasil.

2. Menjadi rahsia umum, selepas PRU lalu Hassan Ali telah bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan melayu Islam Umno + Pas di Selangor dengan dia menjadi MB.

3. Namun hasrat murni penyatuan Islam itu gagal apabila kumpulan Erdogan menghasut Nik Aziz agar menentang usaha itu.

4. Kini Hassan Ali tampil dengan langkah lebih berani.

5. Antara rintihan Hassan Ali adalah beliau tak sanggup selama nya menjadi munafiq dengan memuliakan rakan kuffar komunis Dap dan sosialist Pkr tetapi mengenepikan rakan Islam dalam Umno.

6. Hassan Ali adalah sekadar insan biasa yang punyai hubungan rapat dengan Tun M, kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah BTN semasa Tun M menjadi PM.

7. Politik adalah 'Art of impossible to become possible'. Ingat tak sejarah Datuk Asri, Presiden Pas yang menjadi menteri dalam kerajaan BN Tun Razak pada tahun 70an? Semua nya berkemungkinan dalam politik.

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Boleh dan cantik tu...tapi boleh tak dengan satu syarat..Hassan Ali tak semestinya MB - itu lebih ikhlas..

Apapun diingatkan, dalam satu blog, ada dakwaan mengatakan Hassan Ali sengaja di utuskan oleh Anwar untuk masuk ke dalam UMNO untuk merosak dan menjahamkan UMNO dengan lebih berkesan lagi...

Benar atau tidak dakwaan itu, apapun kenalah berhati hati kerana Tun M juga menolak Hassan Ali 'diterima' kerana pengalamannya bersama Hassan Ali sebelum ini.

Dalam mengejar semula kuasa, dalam cuba menebus maruah, UMNO ketus berhati hati..

YANG GAMBI said...

Salam, tahniah Datuk Hasan Ali, anda pejuang sebenar untuk bangsa dan agama, bukan untuk jawatan dan kuasa.....

Anonymous said...

org pr

itulah tandanya org umno pun dah sokong perjuangan pas,kenapa bila ada majlis tahlil aje minta org2 agama terutama org pas jadi imannya, mana org ugama dalam umno atau dah pupus dah.

oleh itu jika nak kukuhkan dan tinggikan syiar islam dan pelaksanaan, maka org melayu islam kena solid pas bukan nya bergabung dengan umno yg terang2 tolak hukum islam.