Saturday, November 7

KGB Anwar di godam PAS

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangkakan, perwakilan Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS hari ini memberikan reaksi berbeza terhadap kritikan yang dibuat oleh Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari melalui tulisannya dalam sebuah akhbar harian bulan lalu.

Namun rata-rata daripada mereka menyatakan perasaan tidak puas hati berhubung kritikannya itu hingga ada yang menyatakan tidak boleh melihat wajah Abdul Aziz.
"Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz," kata pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik pada sesi dialog seminar berkenaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz dalam pembentangannya tetap mempertahankan tulisannya yang mengkritik kepemimpinan PAS dan menafikan beliau adalah agen Umno bagi merosakkan parti itu.

"Saya bukannya agen Umno ataupun mana-mana parti, dulu satu masa orang tanya adakah saya ada saham dengan Harakah, kerana selalu keluar dalam surat khabar itu hinggakan saya tak dapat apa yang sepatutnya saya dapat.

"Tapi saya tak minta tuan-tuan hargai saya, hargai sumbangan saya terhadap PAS.

"Tapi sekarang ini saya sudah hilang kawan, orang Umno sudah mula menjauhi saya. sekarang ini PAS pula menimbang untuk menerima saya ataupun tidak," katanya Abdul Aziz ketika menjawab soalan para perwakilan seminar berkenaan.

Turut mempersoalkan tulisan Abdul Aziz pada seminar itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

"Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan Aziz Bari dan kita mahukan penjelasan yang sewajarnya," katanya.

Malah para perwakilan juga menyifatkan krisis yang berlaku dalam PAS hari ini berpunca daripada kritikan pakar undang-undang itu.

Bagaimanapun Abdul Aziz membalas kenyataan Khalid dengan menyatakan krisis yang berlaku di Selangor adalah disebabkan pemimpin parti itu gagal melaksanakan kerja seperti mana dijanjikan.

Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kritikannya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu penghinaan kepada presiden parti itu yang disifatkan bertaraf ulama.

"Saya tidak menghina ulama ataupun presiden parti. Siapalah saya untuk persoalkan perkara ini. Saya hanya sentuh kedudukannya sebagai kapten yang mengemudi parti," katanya sambil menambah PAS perlu melakukan anjakan dan melaksanakan perubahan sekiranya mahu kekal relevan.

sumber : http://mstar.com.my



Baru sekarang ke orang Pas tahu yang Aziz Bari adalah budak Umno yang Pro Anwar. Dia bukan setakat budak Anwar sekarang malah menjadi talibarut Anwar yang bekerja dari dalam Pas untuk memecah belahkan Pas label Islam itu.

Tak kan pas tak tahu aziz bukan bekerja seorang dalam Pas. Ada ramai AJK Pas pusat yang memberikan ruang kepada Aziz untuk manuever dalam Pas. Mereka pun mahu beli insuran awal dari Aziz untuk disampaikan kepada Anwar.

Nampaknya seperti Umno yang boleh rosak dari dalam, strategik Anwar memang betul - Pas harus dirosakkan dari dalam, baru itu Anwar boleh menguasai Pas dan Pkr sepenuhnya.

Syabas Pas, akhirnya kamu makin sedar juga.

2 comments:

Anonymous said...

Zaman sudah berubah...riuh rendah disangka nasihat, sunyi sepi disangka tidur...mursyid murka di alam maya tanpa segan tanpa silu, depan kawan depan lawan, habis senget bahtera dakwah, mesyuarat datang sekali sekala, ..isytihar seluruh alam : tukarkan kapten dan beberapa pembantunya...loyar tersohor menjadi hakim, semua kelasi salah belaka..persepsi menjadi hujjah, yang benar hanya aku

Anonymous said...

BN MENANG,PAS KALAH DIBUKIT JALIL....

NIK AJIS NAZAK ATAS KATIL DISERANG SAKIT JANTUNG.....NAK JALANLAH TU. DITAMBAH DENGAN KEKALAHAN KELANTAN!!!!!!