Beliau dilapurkan bersedia bertanding untuk memastikan kemenangan BN mempertahankan kerusi itu. Beliau kini adalah Ahli Parlimen kawasan itu iaitu Jerlun.
Di kawasan Parlimen Jerlun ada dua kawasan Dun iaitu Kota Siputeh dan Ayer Hitam. Pas ditewaskan di Kota Siputeh dengan 495 undi dalam PRU 12 lalu.
Mukriz sangat dekat dengan golongan akar umbi kerana bapa beliau Tun Dr Mahathir pernah berkhidmat di Parlimen Kubang Pasu yang dulunya termasuk Dun Kota Siputeh.
Jikalau PRK ini diadakan maka ini adalah PRK ke 10 selepas PRU ke 12 yang lalu. PRK Bagan Pinang menyaksikan kemenangan besar BN. Manakala PRK Manek Urai menyaksikan mengundi Melayu kembali menyokong BN secara besar-besaran.
BN hanya perlu tambahkan majoriti undi Kota Siputeh yang lalu sebagai pelengkap sebenarnya BN masih berada di hati rakyat.
Pelbagai gejala politik Pakatan Rasuah (PR) yang melanda Pas (Rasuah Haji), PKR (Saham Azmin) dan Dap (Samseng kongsi gelap) tentunya telah banyak memberikan iktibar kepada rakyat untuk menolak pakatan songang ini.
Bertanding di dua kawasan (Dun dan Parlimen) memang bukan budaya BN. Namun itu adalah budaya Pas, Pkr dan Dap. Haji Hadi bertanding 2 kawasan, Azmin bertanding di 2 kawasan dan Nizar bertanding di 2 kawasan. Ramai lagi pun YB PR ini yang bertanding di 2 kawasan.
Dalam keadaan kemenangan adalah SANGAT perlu dalam setiap PRK, BN perlu melakukan segala-galanya termasuk meletakkan calon yang paling popular untuk menang di kawasan itu termasuk Adun atau Ahli Parlimennya. Mukriz memiliki segala fomula untuk menang di Kota Siputeh, kalau PRK terpaksa diadakan dek kelalaian Adun BN sendiri.
5 comments:
salam bro...
setuju tu..
mukhriz calon yang paling layak. apa pun kita mesti menang di sana.
Saya sokong Mukhriz dicalonkan sebagai calon BN di Kota Siputeh. Biarlah pemuda-pemuda UMNO diberi tanggungjawab besar dalam pilihanraya ini. Mukhriz boleh menjadi pencetus semangat golongan muda untuk bangkit memulihkan semangat UMNO. Lupakan apa saja sengketa semasa permilihan UMNO dulu dan rapatkan barisan. Jika di Bagan Pinang mewakili orang lama UMNO kali ini kita calonkan orang muda pula. Harap DS Najib dapat mempertimbangkan percalonan beliau dan minta pandangan dari Tun.
Satu pencalonan yang amat tepat. Datuk Mukhriz merupakan calon terbaik untuk Kota Seputeh. SEMOGA KETEMU KEKALAHAN DISANA.
SELAMAT MENEMPA KEKALAHAN UMNO BN.
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com
sala bro..
very beutiful...calon yg unbeatable beb.. kalau letak bapak dia lg bagus.. br diorng tau langit ni tinggi rendah..salam
Sokong sepenuhnya. Salam kemenangan buat UMNO.
Post a Comment