Tuesday, November 17

Nizar Edan : Saham Azmin meletop - update

update 1

Anuar Shaari membuat laporan polis itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini jam 11.30 pagi tadi. Lapuran bharian.

update 2

“Ingin ditegaskan, saya membuat laporan ini secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak,” kata Anuar. Lapuran utusan.


berita asal

Bekas Setiausaha Sulit DS Anwar di Kemementerian Kewangan, Anuar Shaari pagi ini menyerahkan kepada pihak polis salinan asal dokumen saham RM2 juta Azmin dan isterinya.

Turut diserahkan adalah penyata bank RM8 juta.

Menurut sumber, maklumat ini Anuar perolehi dalam sumber yang disahkan.

Anuar Shari adalah bekas Ketua Keadilan Bahagian Permatang Pauh. Beliau pernah bertanding di Dun Penanti dalam pilihanraya umum 2004.

Beliau pernah berkhidmat beberapa tahun sebagai pegawai Anwar di Kementerian Kewangan. Beliau dikatakan menerima beberapa dokumen yang berkait rapat dengan pemilikan saham Azmin dan Isterinya.

Manakala menurut sumber GAP, Azmin dijangka akan berlepas menunaikan Haji minggu ini. Tidak dapat dipastikan adakah Azmin akan di panggil polis sebelum beliau menunaikan haji atau selepas beliau kembali dari tanah suci.

1 comment:

Unknown said...

Salam:-

Syabas Bro...

Anwar baru nak fikir apa bom yang nak diletupkan selepas jadi tuan penasihat di Selangor.

Rupa-rupanya you all terlebih dulu letupkan bom.