Politik konsesi balak akhirnya menjadi cancer buat Husam. Khabarnya ada bekas pimpinan kanan Umno juga mendapat rezeki balak hasil dari percaturan politik Husam. Bukan setakat itu, MSO juga ada mendakwa dia pernah di tawarkan dengan rezeki yang sama.
Politik konsesi balak beralih kepada Haji Rasuah. Haji Rasuah bermula apabila menantu Nik Aziz MB Kelantan dilantik menjadi boss MBI sebuah anak syarikat kerajaan negeri kelantan. Siapakah yang mencadangkan anak Nik Aziz di ambil bekerja di MBI ? Nik Aziz sendiri atau Husam mungkin.
Boss MBI ini lah yang meluluskan sebuah syarikat mendapat kontrak memasang 'bill board' di seluruh negeri Kelantan. Sebagai membalas jasa baik MB yang pemurah ini maka syarikat itu pun menaja pemergian Nik Aziz dan isterinya serta menantu Nik Aziz dan isterinya serta PA nya menunaikan Haji di Mekah. Ini lah dia Haji Rasuah!
Siapakah sebenarnya master mind perancangan Nik Aziz ? Mungkin Husam, mungkin menantu Nik Aziz atau mungkin Kickdefella, bloggers proxy Husam yang ditendang keluar dari pejabat MBI.
Husam mengambil tanggungjawab atas keriuhan yang melanda. Semalam Pas Kelantan buat ketetapan mereka tidak masuk campur atas urusan Haji Rasuah dan perkara yang bersangkutan. Nampaknya pimpinan Pas sudah menganggap hal-hal ini adalah 'personal matter' MB Nik Aziz.
Bisakah Husam menyelamatkan Bossnya dari pelbagai polemik rasuah dari balak ke haji, lepas ini entah apa lagi. Atau Nik Aziz sahaja yang patut letak jawatan, demi menyelamatkan maruah Pas yang calar balar dek kerana pelbagai kerenah melalut merepik meraban dek ketuaannya. Nik Aziz kini liabiliti untuk Pas, dia perlu letak jawatan. Tun M pun dah lama tinggal jawatan, Tun A pun begitu juga. Kamu Nik Aziz bila lagi ?
3 comments:
DIKTATOR NIK AJIS UNDURRRR! LETAK JAWATE!!!
Politik konsesi balak, Haji Rasuah, Air Tak Di Rawat, Banjir Kilat, Gadai Maruah Untuk Sesuap Nasi di Kelantan.....berkatkah kepimpinan tok guru selama 20 tahun?? Jika kita melihat kepimpinan Alim Ulama dulu kala berkahnya melempah ruah sampai mendamaikan dan mensejahterakan negeri...kini apa yan terjadi? Wujudnya satu golongan upper class di Kelantan yang terdiri dari juak juak PAS...apakah ini yang dimahukan oleh rakyat KELANTAN??? Nilaikan!
Terima kasih memberi penjelasan isu ini
Post a Comment