Friday, December 11

Pas bawa militan Hamas ke Selangor ?


Rombongan puak militan Hamas kini dalam kerangka lawatan ke Selangor. Mereka menjadi tetamu kehormat kepada kerajaan negeri Selangor. Mereka juga diraikan sebagai tetamu yang hebat.

Militan Hamas datang ke Selangor dibawa oleh Pas. Apa rancangan Pas membawa Hamas rapat dengan kerajaan negeri Selangor? Apakah strategi Pas untuk dekatkan Militan Hamas dengan Pas sebagai parti Islam di Selangor?

Adakah Pas punyai perancangan yang lebih besar apabila rapat dengan militan Hamas? Untuk rekod puak Hamas dan Fatah adalah dua jenis arab yang tak boleh bertemu muka antara satu sama lain di Palestin. Mereka sentiasa berperang sesama mereka. Bumi Palestin tidak aman antara lain disebabkan persengketaan dua bangsa arab yang bertelagah sejak dari dulu lagi.

Pas kini telah buktikan bahawa jika Teresa Kok boleh bawa ramai pelabur dan pelancung Taiwan datang ke selangor, Hassan Ali juga boleh bawa Militan Hamas ke negeri Darul Ehsan ini. DAP dan Pas kini mengorak langkah memperkuatkan akar masing-masing walaupun dengan kumpulan militan.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, Kahalid dan PAS Selangor tak takut ke dengan 'sesumpah yahudi' Anwar.........

Pemerhati said...

Theresa Kok ada juga membawa wang masuk ke dalam Selangor. Ini PKR dan PAS bawa militan HAMAS buat apa?
Oh saya tahu - mereka nak belajar bagaimana nak berlawan dgn UMNO sebagai orang sesama Melayu dan sesama Islam. PAS nak ikut orang Arab yang bodoh. Itulah sebabnya walau pun Tuhan dah beri kekayaan minyak kpd orang Arab mereka tak boleh maju kerana berperang sesama sendiri.
Sekarang tengoklah Mesir bukan nak tolong rakyat Palestin, tetapi atas arahan Yahudi, Mesir sedang menutup sempadan negaranya dengan tembok besi!
Ini di M'sia keadaan yg serupa sedang berlaku. Orang Melayu PAS dan orang Melayu UMNO sedang bergaduh. Cina DAP yg untung!

mrf said...

langkah ini bertujuan untuk membuktikan PAS adalah pejuang agama sejati seperti Hamas..umum ketahui Fatah adalah pro Israel dan US. so Pas dah tuduh Umno sama mcm fatah, dan Pas mengaku mereka umpama Hamas..konon2 nak tunjuk Pas pejuang agama dan islam seperti Hamas..lepas2 ni akan ramai lah anak2 muda cetek agama tapi mau cariilmu agama akan berdampingan dengan Pas yang pada anggapan mereka pejuang islam anti yahudi dan israel seperti Hamas. memang dah tadak modal lain dah Pas ni..nak main wayang je kejenye..yang dok kutip derma berjuta2 dan pergi palestin bantu org islam kat sana umno jugak..yang pas dok kutip derma konon untuk palestin ntah sampai ke tak kat bumi palestin..

det said...

ok la tu, nasaruddin tantawi pun ketua militan pas.