Wednesday, January 27

Berpecah kerana Liwat

Apa yang dipaparkan di akhbar hanya lah secebis kisah sebenar politiking dalam Pimpinan Pkr yang tak berkesudahan. Apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih buruk dari itu.

Terbaru adalah MP Pkr yang akan dipecat kerana mempertahankan kalimah Allah hanya wajar digunakan untuk agama Islam sahaja. YB akan dihadapkan ke J/k Disiplin Pkr kerana kelantangannya membela hak orang Islam. Zul adalah contoh anak muda melayu yang bijak berpolitik, sedia untuk membelit, dibelit dan berbelit.

Di Pahang, seorang lagi Ahli Parlimen juga telah meletakkan semua jawatan dalam Pkr. YB Azan Ismail, dikatakan akan mengistiharkan keluar Pkr dan menjadi MP bebas dalam masa yang terdekat ini. Azan ini adalah MP yang ada prinsip. Dia pernah menjadi Exco Gpms beberapa tahun yang lalu.

Azan letak jawatan setelah mendapati berlaku penyalahgunaan wang dalam Pkr Pahang. Azan kesal kerana wang yang disedekahkan oleh rakyat dalam majlis-majlis ceramah telah disalahgunakan oleh pimpinan Pkr negeri. Azan anti penyelewengan, apatah lagi bila penyelewengan itu dibuat oleh pemimpin Pkr yang cakap lain buat lain.

Setiausaha Agung Pkr, Datuk Salehuddin juga telah meletakkan jawatan. Tahun lalu Salehuddin mengambil tempat Khalid Ibrahim sebagai SUA. Salehuddin orang lama, dia kawan lama Anwar dan sangat rapat dengar Anwar sejak muda lagi. Salehuddin berkhidmat lama dalam kerajaan.

Namun Salehuddin sekarang tak sebulu dengan sikap dan fe-el Anwar. Anwar dah jauh berubah, mungkin kata Salehuddin. Anwar dulu tak sama dengan Anwar sekarang. Anwar dulu dilihat warak, tapi itu cuma lakonan. Anwar sekarang adalah Anwar yang realiti, Anwar yang peliwat, Anwar yang pro kristian, Anwar yang membelit, Anwar yang memusatkan kuasa, Anwar yang mendapat bantuan kewangan dari musuh-musuh Islam dan Anwar yang pelbagai macam, yang membuatkan kawan lamanya pun dah tak percaya kat dia.

Pkr pernah kehilangan pemimpin muda yang hebat seperti Ezam, Roslan Kassim, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip dan lain lain. Kali ini semakin ramai yang akan keluar Pkr kerana mereka yakin Parti ini menunggu masa untuk pecah. Yang keluar lebih ramai dari yang masuk. Yang masuk akan tunggu masa untuk keluar setelah mereka tahu dan memahami agenda sebenar Pkr tidak lain tidak bukan hanya mahu meletakkan Anwar mencapai 'Personnal Glory' nya dalam politik.

Anwar akan melakukan segala-galanya untuk mencapai personnal glory itu walaupun terpaksa menghancurkan Agamanya, Bangsanya dan Negaranya.

2 comments:

Senjaliza said...

Berpecah keran Liwa. Tajuk yg sesuai sekali. DSAI dipecat kerana Liwat. Dia mempergunakan kekuatan dan kelebihan yg dioperoehi dari UMNO dan bangsnya sendiri untuk memerangi bangsanya sendiri kerana "Liwat"- Bolehkah dia digelar PEJUANG BANGSA?

pp said...

NAFSUnya sgtkuat utk jd pm.patutnya btindak spt 2tpm terdahulu. atleast TPM sumbngan bkn kepalang. bila kita reda,bangsa agama selamat. knp dia xmampu bfikir bgtu?? musuh2 kini amik ksmpatan..biarpun ia benar meliwat..