Tuesday, January 26

Polemik Lawyer Vs Ir

Syabas Zulkifli Nordin kerana membuat laporan Polis terhadap kebiadapan Khalid Samad yang mahu memesong umat Islam. Kali ini YB Zul cakap dan dia bikin.

Menyelosori politik Zul ini, ada yang beranggapan Zul memang MP yang suka gertak. Lepas gertak, dia akan angkat bendera putih! Dalam banyak isu selama dua tahun ini, begitulah kesudahannya perjuangan Zul.

Dalam keberanian Zul ini pun ada takut nya. Dia memang amat takut dengan Anwar. Dia manusia yang ikut cakap Anwar, dia tak berani lawan cakap Anwar, walaupun dia tahu Anwar adalah manusia munafik no wahid dalam Pkr.

Cerita Zul dengan Khalid ini adakah sebahagian dari drama bulan ini? Ramai yang beranggapan begitu. Ini sebahagian dari episod isu kalimah Allah. Pengarah drama nya adalah Anwar sendiri.

Anwar bijak melaga-lagakan lawyer dan Ir dalam PR ini. Anwar tahu kedua-duanya mengikuti usrah yang berlainan dalam Pas, dulu dan sekarang. Kedua-duanya juga mempunyai guru yang berlainan dalam Pas. Mereka adalah jelmaan atau proxy guru-guru mereka dalam Pas.

Semua orang tahu, Zul adalah ahli Pas yang sangat aktif dulu. Tetapi kerana tak dapat cari makan dalam Pas, Zul guna baju Pkr untuk bertanding dalam Pru 12 yang lalu dan menang.

Kini kedua-dua profesional dalam PR adalah bidak-bidak catur yang ada tangan ghaib yang menggerakkan mereka. Kerana apa? Kerana kuasa. Kerana matlamat sudah menghalalkan cara.

Pas kini sudah belajar, untuk berkuasa kenalah melakukan segala-galanya termasuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Syabas Pas. Syabas Zul dan Khalid kerana menjadi pelakon tambahan yang cemerlang.

No comments: