Saya sudah tahu hujung pangkal ceritanya dan siapa yang menekan Tuan Guru berbuat demikian. Mungkin penyanyi dangdut, oops maaf penulis blog bernama Nik Amalina boleh menggelekkan kita versinya dulu. Saya pasti rakyat Kelantan ingin juga tahu sama ada ini adalah satu lagi projek “Meja Bulat Pulau Melaka”. baca terus disini.
Dizaman Pak Lah, kita biasa dihidangkan dengan cakap-cakap 'kitchen cabinet'. Rupanya perkara yang sama berlaku di dalam pejabat menteri besar kelantan. Kickdefella menterjemahkan budaya politik anak beranak ini sebagai 'meja bulat pulau melaka'.
'Pulau Melaka' merupakan tempat dimana Nik Aziz dan keluarganya tinggal. Melaka ini hebat sampai orang kelantan pinjam nama itu dan menjadikannya pula pulau dan disitulah tempat dimana orang besar negeri bersemayam.
'Meja bulat' adalah meja makan. Meja makan biasanya letaknya di dapur atau berhampiran dapur. Disitu lah Nik Aziz dan ahli keluarga menjamu selera. Disitu juga lah Nik Aziz akan berdecit dengan ahli keluarganya mengenai hal-hal semasa, hal-hal keluarga, hal-hal politik dan hal-hal pentadbiran kerajaan.
Disitu juga mungkin berdetik Nik Aziz nak melantik menantunya Ariffahmi menjawat jawatan penting dalam anak syarikat kerajaan negeri. Mungkin juga disitu Ariffahmi beritahu mentuanya syarikat yang dapat balak tu nak sponsor mereka sekeluarga pergi buat haji. Dan Nik Aziz menjawab " boleh juga, ogre yang buat baik apo salahnyo".
Baru kita tahu arkitek meja bulat ini adalah anak Nik Aziz amalina, isteri kepada Ariffahmi. Kuah tentunya tumpah ke nasi, Tuah tentunya tumpah ke suami.
Meja bulat menyimpan banyak rahsia pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Kalau lah meja bulat ini boleh berkata-kata, tentunya Tok Pa boleh senyum selalu selepas PRU 13 ini.
1 comment:
meja bulat tuh mesti menu ada budu keeee...
Post a Comment