Jika pihak peguam KDN pun tidak tahu berhujah dengan cekap di hadapan Hakim Lau Bee Lan yang merupakan seorang penganut agama Kristian Katholik, mana mungkin kamu hendak menang di dalam mahkamah?
Najib, Hishamuddin dan para pemimpin kerajaan jangan ingat bahawa umat Islam di Malaysia ini tolol-tolol belaka. Jika kamu bersikap enteng sebegini lagi, bersikap tidak acuh dan sambil lewa menangani masalah yang dihadapi, bagaimana kamu hendak memenangi hati rakyat nanti?
Kepada Khalid Samad, Hishamuddin, Najib dan ahli politik beragama Islam yang lain – lembik dan penakut seperti ini masih mahu jadi pemimpin? Kirim salam sahajalah. Baca terus disini.
Sekalung tahniah kepada Jebat Must Die. Pedas-pedas! Mahu menjadi pemimpin rakyat memang kena makan cili.
Jebat adalah satu lagenda kehebatan tanpa batas yang dirindui oleh umat melayu. Jebat lambang kejantanan melayu.
Umno mahu menjadi juara rakyat. Juara rakyat harus tangkas bukan lembik, harus berani bukan penakut, harus tegas bukan meleweh, harus tegak bukan tonggek, harus merakyat bukan elities.
Bila dikaji rupanya semangat Jebat juga bertakhta dalam Jiwa Tun M yang menjadikan dia negarawan yang sangat dihormati oleh rakyat.
Ketegasan dan keberanian Tun M telah melahirkan Dilema Melayu, dibuang dari Umno, dibawa masuk semula ke dalam Umno, menjadi PM, menang Presiden, menjadi PM yang dihormatikan rakan dan lawan, memerintah malaysia selama 22 tahun yang aman sentosa maju makmur harmoni rakyat berbilang kaum dan agama. Terbilangnya dia seantero dunia!
Jebat juara rakyat ! Memang melayu nak yang jantan, "bukan yang sama rata sama rasa, depan belakang sama sahaja ".
No comments:
Post a Comment