Friday, January 1

Pabila "ALLAH" sudah boleh masuk gereja

Terima kasih kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Allah masuk gereja. Keputusan ini tentunya memberikan kelegaan kepada orang kristian yang selama ini tercari-cari siapakah tuhan mereka yang sebenar.

Dalam kitab Injil yang pelbagai sekarang, tiada perkataan Allah dalam kitab itu. Agama kristian mengakui pula Isa sebagai anak tuhan yang dilahirkan oleh mariam.

Dalam kitab suci AlQuran. Perkataan Allah memang disebut. Contohnya dalam surah AlIkhlas disebut - Katakan lah Dialah ALLAH yang masa Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Nya.

Memandangkan Allah sudah boleh masuk gereja di Malaysia sekarang ini, saya ingin mencadangkan setiap orang Islam menghantar senaskhah AlQuran kepada mana-mana gereja. Ini adalah dakwah !

Mereka wajar ditunjukkan bahawa oleh kerana mereka yang memohon sendiri dari mahkamah untuk Allah ke gereja dan mahkamah telah membenarkannya maka mereka wajar mengkaji isi AlQuran untuk mengetahui Allah yang sebenar. Mereka boleh mengkaji Surah AlIkhlas sebagai permulaan.

Saya juga nak mencadangkan kepada ustaz-ustaz Pas, ini lah medan terbaik untuk mereka berdakwah kepada orang-orang kristian. Kalau selama ini ustaz-ustaz ini berceramah kepada orang melayu yang 100 percent Islam, kali ini mereka harus pula lah berceramah kepada orang bukan Islam, inilah audien mereka yang sebenar.

Kepada mana-mana gereja pula, janganlah pulak lupa lepas ini dah boleh jemput semua ustaz-ustaz Pas untuk berceramah didalam gereja. Ini bagi memastikan mereka mendapat panduan yang hakiki dan sebenar mengenai perkataan Allah yang selama ini telah diselewengkan oleh paderi-paderi mereka yang mengkaitkan tuhan mereka sebagai bapa kepada Isa.

Mungkin kiamat semakin hampir apabila umat Islam sudah boleh berdakwah didalam gereja. Mungkin dalam masa enam bulan ini berduyun-duyun orang kristian akan mengucapkan dua kalimah shahadat di stadium Sultan Ismail Kota Baru dengan di imankan oleh Nik Aziz. Waktu itu air mata darah umno keluar pun sudah tak berguna lagi.

6 comments:

Anonymous said...

syabas. permulaan langkah ke arah pluralisme agama.. ini ke yg kamu mahu?

Anonymous said...

Ya, Gereja juga sudah boleh dipanggil Rumah Allah kerana umat Kristian memanggilnya House of God. Istilah-istilah lain juga boleh digunakan seperti Paderi boleh dipanggi Haji, Pope boleh dipanggil Ulama, Solat dan lain-lain lagi.

Pemerhati said...

Wahai orang2 Islam M'sia,
Berhati2lah apabila memilih wakil rakyat di PRU13 nanti kalau mahu selamat di dunia dan di akhirat.
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!

Anak Kampung said...

Sdr Anon,

Apabila kaduk dah naik junjung, inilah jadinya! Salahkah kaduk? Atau salah tuannya yang meletakkan kaduk diatas kepala.

Anonymous said...

sesiapa saja boleh pakai nama allah kerana itu hanyalah nama...bukan Tuhan yang sebenarnya.itu hanya gelaran atau hanya nama yang semua orang boleh sebut..budak2 kecik pun pandai sebut nama allah.Macam mana kalau Tuhan tak ada nama,macam mana nak kenal DIA?Tahu hanya nama tapi tidak kenal mana dikatakan Allah pun tiada guna.macam orang hanya tau nama Fatimah tapi tak pernah jumpa tubuh badan Fatimah?puas hati ke orang hanya sebut nama Fatimah tetapi tidak pernahpun kenal atau jumpa Fatimah.Kalau dia asyik sebut nama aja..itu orang yang hampir gila atau nak jadi senting.Tuhan kata carilah Aku,Aku lebih dekat dari urat leher kamu.Engkau tidak akan menemui Aku kalau kau tidak mematikan dirimu,bila engkau telah menemuiKU niscaya engkau hancur!Apakah akidah seperti ini dapat dicapai oleh orang2 yang pandai sebut nama Allah?atau seperti orang yang membawa nama Allah ke mahkamah?Jauh panggang dari api.

sri mersing said...

sudah masanya kita ada Ahmed Deedat malaysia