Monday, February 8

Bravo Dimensi


Tabik spring kat Dimensi. Tak semua orang boleh buat, tapi memang Dimensi pintar. Dimensi berada adalah kelasnya yang tersendiri. Inovasi Dimensi berada dalam super class yang kadang-kadang tak tercapai dek akal yang biasa.

Ada yang tersentak. Sakit yer! Baru tahu sakit. Selama ini mereka lah yang membuatkan DS Najib tak tidur di fitnah satu keluarga. Bila terkena batang hidung baru lah mereka nak kata ini aib dan fitnah. Selama ini mereka lah yang menjadi raja fitnah dan raja aib.

Buku bertemu ruas. Dulu mereka bermaharaja lela. Sekarang baru mereka berjumpa dengan intan yang menyebabkan kepala mereka pening sentiasa. Dulu mereka seorang raja di hutan. Sekarang baru mereka tahu ada singa yang lebih hebat dari mereka. Setelah sekian lama mereka menggunakan hukum rimba, baru sekarang mereka nak bagi tahu hukum rimba itu salah!

Dimensi adalah komitment generasi muda yang dahagakan kebenaran yang benar dan tidak ada yang lain melainkan benar belaka. Dimensi adalah manifestasi gelojak anak muda yang sudah fed up dengan kerakusan haiwan politik yang tidak pernah jumpa batas undang-undang. Dimensi adalah kelahiran ikhlas yang tidak pernah minta wang, tidak mahu menjadi politikus. Dimensi adalah cernaan hati sanubari berdarah muda.

Dimensi, kami tabik spring atas keberanian anda. Keberanian ini lah yang dirindui. Keberanian ini lah yang sudah pupus dalam jiwa umat. Keberanian ini akan menjadikan jiwa umat masih bernyawa dengan idealisme perjuangan menentang kebatilan, kezaliman dan kemunafikan haiwan politik yang meratah rakyat marhaen.

Dimensi, anda idola rakyat yang panas membara.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam bro, syabas dan tahniah Jeffry yang dapat memanaskan telinga-telinga puak-puak pencacai PAS....kah..kah..kah... rasalah pedihnya bila telinga sendiri dipulas orang....