Sunday, February 14

Raja Liwat ramai peminat

Bila ada Ahli Parlimen Australia membuat kenyataan agar raja LIWAT negara di lepaskan dari tuduhan liwat, ramai pengunjung kedai kopi rasa nak tergelak. Ada yang kata, 'ramai juga yang pernah dibantainya sampai ke Australia'.

Ada juga yang kata, 'mereka itu sejenis dengan raja Liwat tu lah'. Ini lah red tape nya mereka yang berkulit putih. Mereka masih nak buli kita walaupun sudah lebih dari 50 tahun malaysia mereka.

Sikap MP Australia ini adalah tidak bertamaddun. Mereka mahu mengajar kita berjalan betul! Kita bukan nak laksanakan hukum Hudud kepada raja liwat ini. Kita cuma nak laksanakan undang-undang 'common law' malaysia yang sama dengan 'english common law'.

MP Australia ini juga lupa, sejak bila mereka berminat nak campur urusan dalam negeri sebuah negara merdeka. Sejak bila mereka nak menjadi polis dunia disebelah sini.

Sejak bila juga raja liwat ini menjadi rakyat australia? Setahu kita tuduhan tempat kejadian berlaku di malaysia. Bukan di australia, singapura dan Hong Kong. Jadi apa locus standi MP Australia ini nak campur tangan urusan mahkamah di malaysia.

Atau mungkin keadaan di Australia sana mahkamah mereka tidak bebas seperti mahkamah di malaysia. Mungkin di Australia badan kehakiman hidup atas telunjuk badan eksekutif. Tetapi di Malaysia, kebebasan mahkamah adalah jelas dan nyata. Banyak kes-kes dinegara ini keputusan mahkamah adalah tidak berpihak kepada pihak kerajaan yang memerintah.

MP Australia itu juga kena faham, nilai kehidupan di negara timur seperti malaysia berbeda dengan negara barat. Kalau di barat, soal kahwin sesama lelaki atau perempuan sudah menjadi sebahagian dari cara hidup sesetengah rakyatnya walau pun itu tidak sah disisi undang-undang. Tetapi itu adalah bertentangan sama sekali dengan cara hidup, nilai dan undang-undang di negara ini.

Malaysia pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Komunis Bintang Tiga. Jangan sekali-kali Australia nak menjadi penjajah ke enam pulak !

2 comments:

pb said...

u.s. da anta perisik dia kot. dia kan sekutu jgak serta dgn negara jamesbond tu.. agen2 da bgerak la tu..dpt balas dendam dan letak buah catur dia..

k said...

vry good justfction. the facts should go tru pmbnkang komen. sapa rajin salin n paste to them.mana tau ada yg brani publish. kalu tgk dr Novandri lg 'kau ' ' kau'