KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail Isnin menafikan bahawa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kedudukan kerusi Parlimen Hulu Selangor, Jumaat ini.
Beliau berkata program pada hari itu ialah 'Program Selamatkan Malaysia' di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor yang akan dihadiri oleh Anwar dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu.
Saifuddin Nasution berkata anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad mengambil cuti sakit ketika ini.
"Saya ada berkomunikasi dengan pegawai khas dia (Zainal Abidin), dia ok, stabil. Pejabat Dewan (Rakyat) juga telah dimaklumkan mengenai dengan keuzurannya dan pegawainya sudah hantar surat cuti beliau pada minggu lepas," katanya.
-- BERNAMA
Dalam realiti politik, semakin kita nafikan, semakin benar lah realiti perkara tersebut.
Nampaknya PKR telah mengesahkan betapa MP nya di Hulu Selangor semakin nazak. Apabila Setiausaha Agung sendiri pun tak dapat bercakap dengan MP itu maka 'confirm' lah dia memang sedang nazak dan menunggu hari !
Hulu Selangor dulu adalah kubu UMNO dan BN. Muhammad Taib bekas MB Selangor berasal dari Hulu Selangor. Zainal Sakom asalnya juga dari sini.
Di Hulu Selangor ada 3 DUN. Semua nya dimenangi oleh BN, 2 UMNO, 1 MCA. Tapi yang ajaibnya Parlimen dimenangi oleh PKR. Apa sebabnya ?
Sebabnya sangat mudah, kerana prestasi MP yang sebelum ini yang sangat tidak popular dikalangan orang melayu khususnya. MP ini dari MIC.
Ada kawan-kawan beritahu, kalau kali ini calonnya dari MIC lagi, maka confirm lah BN kecundang. Buang duit dan buang masa, kata seorang penduduk di Batang Kali.
Ini bukan soal individu tetapi soal parti. Rakyat sudah muak dengan parti yang bermasalah, pemimpin yang tak reti bahasa. Kena tengok cermin dulu kalau nak bertanding, jangan syok sendiri, yang akhirnya ditolak oleh rakyat.
Dengar lah cakap rakyat. Jangan dengar cakap pemimpin. Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan. Jangan jadi cakap tak serupa bikin.
Tentunya nanti sengit di Hulu Selangor, kerana Anwar akan 'berbogel' setelah dibogelkan oleh Ezam, YB DS Zahrain dan YB Zulkifli Nordin.
2 comments:
Kami pengundi Parlimen Hulu Selangor sangat bernasib malang. Sejak selepas PRU, batang hidung pun kami tak pernah nampak, apatah lagi bercakap pasal kemajuan atau projek memajukan kawasan.
Mcm mana pun, kalau ditakdirkan akan ada by election, jika BN letakkan bekas MP lama dari MIC, kami gerenti BN akan bungkus. Diulangi, BN gerenti akan bungkus walaupun ketiga - tiga DUN milik BN.
So, BN fikir2kan lah calon yg berkaliber, tak kira jantan ke pompuan. Ingat , pengundi dari parti PAP ( Parti Atas Pagar ) boleh tentukan spa yg boleh memang
saya harap dato zainal sakom bertanding...insya Allah menang...
Post a Comment