Tuesday, March 16

Bukti Selangor kini sarang SEKS

MPSJ Sita Premis Jual Gajet Seks Di Pusat Beli Belah Summit

PETALING JAYA, 16 Mac (Bernama) -- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini menyita sebuah premis di pusat membeli belah The Summit di Subang Jaya yang memohon lesen jual alat kesihatan tetapi didapati menjual gajet seks.

Turut dirampas gajet seks bernilai anggaran RM20,000.

Setiausaha MPSJ Slamat Hamzah berkata serbuan tersebut dilakukan pada 1.30 petang ekoran aduan orang ramai.

"Pemilik premis tersebut baru sahaja memohon lesen untuk menjual alatan kesihatan dan setelah diluluskan oleh pihak MPSJ dan ubahsuai premis, ia mula menjual gajet seks sejak hujung bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya pemilik premis itu dikenakan kompaun maksimum RM1,000 kerana kesalahan melanggar syarat lesen perniagaan.

Slamat berkata MPSJ juga menyiasat satu lagi premis di pusat membeli belah Sunway Pyramid yang dibuka dengan lesen kedai serbaneka dan mendapati ia hanya menjual kondom dan cenderamata.

-- BERNAMA

2 comments:

kembara putih said...

Memang susah untuk membersihkan anasir maksiat yang bertapak subur selama 50 tahun, bila PR baru perintah 2 tahun ni. Tapi nampaknya ada kemajuan.

Anak Lenggong said...

Mana taknya..exco kerajaan negeri selangor pun dah jadik ratu bogel terhormat.