Sehari selepas Jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor dikebumikan, BN dan Pkr kini sedang bertungkus lumus mencari calon terbaik untuk Pilihanraya Kecil yang dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan April ini.
Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh Pkr dengan majoriti sangat nipis 198 undi sahaja. Yang anehnya 3 Dun dalam parlimen ini dimenangi oleh BN. Yang lebih aneh juga adalah jikalau majoriti 3 kemenangan BN ini di jumlahkan ianya melebihi 6 ribu undi. Pelik yer ! Kenapa yer ?
Menurut maklumat dalaman Pkr pula, mereka akan menurunkan calon melayu bertanding di Prk Hulu Selangor. Mereka yakin stategi meletakkan calon melayu lah yang telah memenangkan Pkr dalam Pru lalu.
'Mood pengundi nak calon melayu, sebab pengundi dah fed up dengan wakil rakyat BN yang lama tu' ujar sumber Pkr itu. Tatkala Samy Vellu nak sangat calon nya yang kalah itu dicalonkan, kem Pkr sangat gembira kerana kemenangan sudah terbayang dimata mereka.
Calon Heavyweight, itu lah janji Pkr. Sudah disebut-sebut adalah Datuk Zahid Ibrahim, bekas Menteri BN di zaman Pak Lah. Beliau dilihat sebagai calon melayu yang punya wibawa dan dikenali.
Selain itu adalah Ustaz Dr Badrol Amin, juga seorang pemimpin kanan Pkr yang sudah dikenali ramai.
Sementara Samy Vellu masih berasak-asak nak mengekalkan calon lama nya, Pkr sudah mengarak bakal calon-calon mereka di Hulu Selangor. Syabas Samy kerana masih syok sendiri !
5 comments:
berTUNGKUS LUMUS...ha ha ha ha
Apa susahnya?
Elizabeth WOng ada..
Balakrishnan ada..
Kalau calon yang sudah kalah tu dicalonkan semula, nampak sangat pentadbiran Najib belum mendahulukan rakyat kebanyakan yang ingin calon UMNO yang berwibawa diletakkan di Hulu Selangor. Kalau letak calon MIC biaq kalah pun takpa...
mat latah
Samy Vellu memang nak BN kalah supaya puak Keling boleh tekan BN dan menunjukkan BN lemah. ini strategi sulit mereka. Harap DS Najib ambil iktibar dengan apa yg berlaku di Bukit Selambau n Kuala Terengganu. Sebaliknya guna strategi di Bagan Pinang.
kalau
BN UMNO - Dato'Zainal Abidin Sakom vs PKR peluang undi BN UMNO 65% PKR 35% ttp kalau BN MIC Dato K Palanivel vs PKR resultnya pasti BN 45% PKR 55%.
Dal lama calon karat ni kat Hulu Selangor satu kerja pun dia tak buat semua hampeh.
Orang Hulu Selangor nak calun Melayu Melayu dan Melayu yang tak ada rekod rasuah.
Pasti majoriti kmenangan naik 1000%
Cukup - cukup lah budak karat ni....
Pas
Kalau BN letak calun MIC nampak gayanya bungkus lagila..
Post a Comment