Sunday, March 28

Pkr judi Calon Cina di Hulu Selangor

Tatkala kelmarin hampir 5000 orang membanjiri ceramah Pkr di kuala kubu baru, ramai yang berkata itu satu permulaan yang baik. Kalau pun BN buat ceramah, nak memenuhkan 500 orang pun begitu azab sekali.

Tapi kalau direnung-renung, yang 5000 itu datang dari segenap penjuru negeri selangor, selatan perak dan wilayah persekutuan. Mereka mensasarkan 50 000, namun yang hadir cuma 5000 sahaja.

Namun yang lebih menarik juga adalah bila Pkr bercadang untuk meletakkan seorang calon bukan melayu di Prk Hulu Selangor. Calon ini seorang cina. Dia seorang wanita.

Pkr mencuba strategi serampang dua mata di Hulu Selangor. Pertama dengan meletakkan calon cina, ini akan menambahkan undi orang cina di Hulu Selangor.

Kedua untuk memberikan mesej bahawa Pkr adalah sebuah parti pro orang cina. Yang ini tentu akan menguntungkan pelaburan jangka panjang Pkr kepada masyakat cina.

Pkr tahu kali ini di Hulu Selangor mereka akan kecundang kerana terlalu banyak isu tempatan dan nasional yang tidak menyebelah mereka. Kerana itu mereka mengubah strategi untuk pelaburan jangka panjang.

Pkr sudah tahu orang melayu sudah kembali besar-besaran kepada UMNO. Orang india pula tetap akan terus berpecah. Namun undi orang cina akan cenderung kepada Pkr jika parti ini terus menjadi parti yang pro cina dan anti melayu. Ia juga cara untuk mengengkang kekuatan Dap, rakan karib mereka di kubu-kubu pengundi campuran yang banyak di dominasi oleh Dap.

Dengan itu sumber Pkr mengaitkan Dr Tan Yee Kew, bekas Naib ketua wanita MCA yang juga bekas menteri BN untuk menjadi calon mereka di Prk Hulu Selangor.

Adakah kaum cina akan makan umpan Anwar kali ini ? Nanti kita saksikan sama-sama samada umpan ini akan masuk jaring Pkr atau tidak.

Ustaz Badrul Amin kah? Zaid Ibrahim kah ? Dr Tan Yee Kew kah ? Yang jelas calon-calon ini punya pengaruh dan wibawa yang tersendiri.

Sementara itu MIC terus berantakan mahukan timbalan presiden nya terus di calonkan di Hulu Selangor, walau pun calon ini sangat tidak popular kepada pengundi melayu dan india di Hulu Selangor.

No comments: