Wednesday, March 31

GAP dan RBF Salah. 3 penjuru di H Selangor

Sahabat blogger jalanan kami Gap dan Rbf berpolemik mengenai calon BN di Hulu Selangor. Gap lebih mirip ultra Melayu dan Rbf lebih selesa konsep 1Malaysia. Gap nak calon Umno, Rbf cadangkan calon Mca pulak. Kedua-dua nya yakin menang dalam pertembungan satu lawan satu dengan Pkr nanti.

Bagi Umno, mereka sudah bekerja dari hari kematian Dr Zainal Abidin Ahmad hingga sekarang. Seperti biasa yang bertungkus lumus adalah Umno, seperti biasa yang berhabis duit adalah pemimpin Umno.

Mana dia jentera Mic, entah tak nampak pun. Bab melobi nak jadi calon, dialah nombor satu. Yang gila meroyan sangat nakkan jadi calon adalah proxy samy vellu. Dia kata itu kuota Mic, maka kena bagi Mic lah.

Tun Razak, PM kedua pernah mensasarkan kuota 30 % Bumiputera dalam DEB. Tun Razak pernah mencadangkan kuota Melayu untuk masuk universiti. Tun Razak juga yang bagi kuota biasiswa untuk orang melayu yang kemudiannya dikenali sebagai biasiswa JPA.

Selepas 20 tahun DEB, maka Mca, Mic, Dap berjuang untuk hapuskan kuota Melayu dalam ekonomi. Maka hapuslah kuota melayu dalam kek ekonomi. Kerajaan BN pimpinan Dr M tunduk kepada Samy Vellu dan Ling Leong Sik dan berakhirlah kuota untuk melayu dalam kek ekonomi itu.

Dalam hal pendidikan juga sama berlaku. Mca dan Mic berjuang agar kuota kemasukan melayu dalam IPTA di hapus. Mereka berjaya. Tiada kuota ke IPTA untuk melayu, cina dan india. Sistem merit diperkenalkan.

Biasiswa JPA untuk khas orang melayu juga hapus dengan perjuangan Mca dan Mic yang anti kuota. Yang ada sekarang melayu, cina, india boleh mohon biasiswa JPA atau pinjaman PTPTN, sama rata sama rasa.

Pemimpin Mca dan Mic memang sangat terkenal sebagai pejuang yang anti kuota melayu. Jelas dari tiga contoh besar diatas.

Namun bila nak bertanding, timbul pulak soal kuota. Kali ini yang nak kuota adalah Mic dan Mca pulak. Sudah terbalik ! Kamu double standard wahai presiden Mic dan Mca. Kenapa dalam soal hak melayu kamu perjuang hapuskan kuota melayu tapi dalam hal kerusi kamu kehadapankan pulak kuota. Kamu cakap tak serupa bikin lah.

Kami nak cadangkan dalam Pilihanraya Hulu Selangor ini kita pecahkan tradisi. Ok bagi kouta BN tu kat Mic, bagi kat Datuk G calon BN. Pada masa yang sama berikan peluang kepada Tan Sri Muhamad Taib atau Datuk Zainal Sakom bertanding guna lambang Umno. Biar jadi 3 penjuru. Kita yakin calon yang guna lambang Umno itu akan menang. Lepas itu dia masuk BN lah. Selesai masalah. Yang kita nak tunjukkan kepada pemimpin BN CERMIN DIRI lah.

Ada berani ke DS Najib !

7 comments:

pisau said...

setuju!

Anak Kampung said...

pisau,

tikam jangan tak tikam.

-krisjawa lok3- said...

OK setuju sangat cadangan tu..MCA atau MIC nak berebut tempat tu biarlah...selit saja nanti calon yang bertanding atas tiket UMNO/BEBAS (calon Melayu)....mari kita tengok siapa yang kena.....

Unknown said...

setuju!!letak calon perkasa...

salimjb said...

Salam,

Satu cadangan yang baik...kah! kah!...Kawan setuju

Generasi Pejuang Bangsa said...

pening2 ...warisan2057 nak 3 penjuru pulak dah ..hehe

jebat berkokok said...

apa kata cadangkan samy vellu je jadi calon kat situ?kalau kalah kena letak jawatan presiden..kalau menang jadi presiden sampai bila bila selagi ada bulan dan bintang..hahahah