Ada pelbagai isu nasional yang telah menjadikan Pkr sebagai sebuah parti paria di Malaysia. Isu-isu ini ada yang mengenai isu moral pemimpin seperti liwat ketuanya, isu bogel Exconya, isu salah guna peruntukan wakil rakyat, isu rasuah pasir dan lain-lain lagi.
Namun isu yang menghantui Pkr kali ini adalah isu kerajaaan Pkr Selangor yang mahu merampas tanah milik rakyat miskin di Serendah Hulu Selangor yang dikenali sebagai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Tambah buruk lagi apabila tanah yabg dicadangkan tapak UITM Selangor oleh YBK itu telah ditolak kelulusan pembinaaan nya oleh kerajaan Pkr Selangor.
Ada dua jenis kezaliman disini. Zalim pertama kerana penutup peluang untuk orang melayu belajar di UITM Selangor yang dicadangkan oleh YBK itu. Pkr seperti tidak mahu melihat orang melayu pandai lantaran penolakan pembinaan gedung ilmu itu.
Kezaliman kedua adalah hasrat ingin merampas tanah milik rakyat khususnya rakyat miskin. Apa dosa rakyat miskin selangor kepada Pkr sehingga tanah yang sah nya milik yayasan mereka di tolak pembayaran cukai tanah oleh kerajaan negeri. Adakah kerana rakyat Hulu Selangor memenangkan 3 kerusi Dun untuk BN di Hulu Selangor maka mereka dihukum ?
Baru memerintah dalam dua tahun sudah nampak belangnya Pkr kepada rakyat.
Kerakusan kuasa menjadikan Khalid hilang pertimbangan. Segala milik rakyat mahu dirampasnya. Khalid lupa kuasa rakyat kuasa keramat. Rakyat bisa menaikkan dan munurunkan mana-mana kerajaan.
Usah perbodohkan rakyat. Hargai lah kebijakan rakyat. Parti yang Zalim seperti Pkr tentu akan dihukum oleh rakyat.
2 comments:
mari kita ramai2 bungkuskan parti jahanam ni..
sampailah masa rakyat menilai dan memilih siapa dan party manakah yg benar2 ingin membantu rakyat...jika sekiranya penduduk2 di ulu selangor selesa dgn pemerentahan pembangkang terukan lah menyokong nya,jika inginkan berubah dgn segala hormatnya dijemput perkarangan pemerintahan BN yg diwakili oleh UMNO,MCA,atau pun MIC....ketiga2 kompenan party ini adalah sama2 menuju satu matlamat iaitu merialisasikan gagasan 1 Malaysi ia itu mengabungkan semua rakyat di malaysia ini ke satu perpaduan yg kental bersama2 memegang satu tekad menjulang bangsa dan negara ke wawasan 2020....inilah hasrat kerajaan yg telah dirangka dan ingin dilaksanakan....jauh berbeza dgn hala tuju pembangkang,mereka2 ini ada tujuan tersendiri,mereka tidak terlalu memikirkan pembangunan negara dan rakyat...mereka cuma menggunakan rakyat sebagai jambatan yg dibuat titian demi mencapai matlamat mereka saja...."CORAK PEMERINTAHAN PARTY PEMBANGKANG ADALAH MENGHAMBAKAN RAKYAT MENJULANG PEMIMPIN"....harap rakyat bijak membuat pilihan....ummi merdeka said
Post a Comment