Wednesday, March 24

Pemimpin MCA yang bebal

Bila seseorang itu dicalonkan sebagai Adun mana-mana kawasan pilihanraya, maknanya dia adalah seorang pemimpin kepada parti itu. Apatah lagi kalau dah menang, maka dia adalah sah sebagai pemimpin parti itu juga.

Apatah lagi jikalau dia dilantik jadi Exco kerajaan negeri, sudah tentu sah dia pemimpin kanan parti itu diperingkat negeri sekurang-kurang nya. Ini lah yang berlaku kepada Adun MCA Titi Tinggi. Dia dicalonkan oleh MCA, dia menang dan kemudian dia diangkat menjadi Exco Kerajaan Negeri Perlis.

Namun dia hantar surat letak jawatan semalam sebagai Adun Titi Gajah. Apa sejarah perletakkan jawatan ini ? Rupanya apabila berlaku rombakan Exco, dia tak dicalonkan lagi. Jawatan itu diberikan kepada Adun MCA Indera Kayangan. Ya dari parti dia juga, parti MCA.

Maknanya dia letak jawatan disebabkan tidak terpilih sebagai Exco lagi. Kata kawan kami, ini lah bebal namanya. Penyakit bebal ini akan sampai ke bawah bila pemimpin diatas juga turut bebal.

Dalam politik rupanya 'perut' masih menjadi barang keutamaan, maka wadah itu sebenarnya belum transform. Jangan bercerita soal masa depan parti selagi ramai pemimpin bersikap bebal seperti ini.

Banyak kerja sungguh yang perlu dilakukan oleh Presiden MCA yang menang hujung bulan ini. Kalau tak, maka melaut lah MCA seperti MIC dalam PRU ke 13.

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Setuju.

Bebal sebegini bukan sahaja dalam MCA tapi dalam PKR dan juga UMNO.
Sejauh mana kebebalan pemimpin MCA ianya tidak lari ke lain, paling jauh jatuh ke DAP - anak bangsanya tetap terpelihara.

Bagaimana pula kalau pemimpin UMNO yang bebal - tidak semestinya ia jatuh kepada PAS - anak bangsa belum tahu kekal terpelihara atau terus dilelong.

UMNO sekali lagi akan jadi 'rakan' yang baik apabila kekosongan kerusi tersebut akan terus diberi kepada calon dari MCA walaupun sudah pasti UMNO tempatan mendesak untuk diserahkan kepada calon UMNO.
Ini adalah kesempatan terbaik Anwar melalui PKR untuk menafikan 1Malaysia Najib dan ruang ini harap diisi oleh calon bebas dari PERKASA. Pertandingan 3 pejuru yang mampu jadi kayu pengukur pertama sejauhmana keberkesanan 1Malaysia.

Anak Lenggong said...

Dah dia nak letak jawatan biarkan saja ..letak je calon umno lagi pun dia tu meang atas undian orang melayu je..nak harapkan parti MCA dan Gerakan..tengok laa apa terjadi ngan penang..perak dan selangor..disebabkan pemimpin yang tiada ketokohan..semuanya terlingkup..cuba kira balik berapa banyak calon mca dan gerakan yang menang ..kalau menang pun kawasan tu majoriti pengundinya bangsa melayu...