Thursday, March 18

Ratusan Juta Ringgit untuk beli MP BN

DEWAN RAKYAT: Zahrain Dedah Lapan Anggota Parlimen 'Lompat Parti'

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Khamis mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Mereka ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), katanya menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Zahrain juga mendedahkan seorang Timbalan Speaker juga dikatakan akan menyertai Pkr.


Sementara itu Sdr Zahid Md Arif bekas Naib Ketua Pemuda PKR pernah menyebut bagaimana beberapa orang MP BN ditawarkan kira-kita rm 15 juta ringgit setiap seorang dalam peristiwa 16 September itu. Namun mereka menolak dari awal. Beberapa orang ahli perniagaan terkenal dikatakan terlibat dalam proses tawar menawar itu.

Dr Puad Zarkasi juga pernah mendedahkan bagaimana talibarut Pkr menemui beliau memujuk untuk keluar BN, namun ditolak mentah-mentah. Dalam perbincangan itu Anwar Ibrahim dikatakan telah menghubungi dan memujuk rayu Dr Puad, namun MP batu Pahat itu bukan budak hingusan yang boleh diperdayakan.

Apa pun kita nak ucap tahniah dan terima kasih kepada YB DS Zahrain kerana terus membongkar peristiwa sadis yang hampir menobatkan 'Raja Liwat' sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

No comments: