Kisah hangat yang berlaku di Kapar. Sebungkus objek yang dipercayai daging babi telah tertinggal di ruang solat sebuah masjid di Kg Sungai Pinang Bandar, tengahari ini.
Penulis yang pergi menunaikan solat asar di masjid itu mendapati sepasukan polis dari unit forensik telah di kejarkan ke masjid itu untuk membuat siasatan.
Menurut jemaah yang ada di situ, bungkusan objek pelik itu disedari semasa mereka datang untuk menunaikan solat zohor. Bungkusan plastik yang diletakkan di ruang solat masjid itu menimbulkan syak wasangka lalu mereka memanggil seorang tokey cina yang berniaga kereta terpakai dihadapan masjid itu untuk membuat kepastian.
Tokey cina yang melihat dan memegang bungkusan itu kemudian beritahu, dia syak ini daging babi. Lapuran polis kemudian nya di buat oleh seorang ajk masjid.
Hebat sungguh mereka yang sangat berani hingga meninggalkan sebungkus daging babi di dalam masjid. Ini tentunya bukan calang-calang orang atau pihak tententu yang cuba menduga hati umat Islam. Ia mungkin tertinggal atau sengaja di tinggalkan atau sengaja di lontarkan ke dalam masjid.
Ia perbuatan manusia biadab yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment