Tuesday, April 27

Cina terkepung dengan politik kiri Dap

Masyarakat cina wajar lebih rasional jikalau mereka ingin berada dalam arus perdana politik negara ini. Gandingan tiga bangsa Melayu, Cina dan India adalah gabungan mantap bangsa Malaysia. Gandingan mantap ini telah lama terjalin sejak merdeka lebih 50 tahun yang lalu.

Politik haluan kiri yang dibawa oleh Dap membawa haluan sempit perjuangan cina di negara Malaysia yang berbilang kaum ini. Bukit Gantang (BG) dan Hulu Selangor (HS) menyaksikan hasil formula yang sama apabila orang cina memilih untuk menyokong politik kiri. Kawasan majoriti cina seperti Kuala Sepetang di BG dan Ulu Yam Timur di HS punyai hasil pilihanraya kecil yang sama iaitu extreme kepada parti berhaluan kiri.

Kepercayaan yang mutlak kepada Pas juga satu perkara yang tidak realistik kepada orang cina dalam keadaan perjuangan Pas yang cenderung kepada faham extremist Islam. Pas berjaya menipu orang cina dengan retorik ceramah yang tidak mengenal erti penat.

Mempercayai majoriti sokongan orang melayu akan lari kepada Pas dan Pkr adalah kenaifan orang cina dalam mengenal sosiologi orang melayu. Cina lupa yang melayu adalah golongan feudal turun temurun. Selagi ada sistem beraja selagi itu lah masyarakat feudal melayu ini akan berterusan. Pas yang estremist islam dan Pkr yang liberal islam tak mungkin menjadi pilihan majoriti melayu yang berakar umbi feudal dan islam faham mazhab shafie.

Dalam konteks negara Malaysia, adalah tidak objektif untuk menyatakan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan akan berpaling kepada negara republik tanpa raja. Dalam hal ini Pkr telah berjaya menjual idea negara republik kepada masyarakat cina walaupun itu sekadar angan-angan kosong penasihat umum parti pkr.

Aliran politik kiri yang anti establisment sangat merugikan masa depan masyarakat cina. Orang cina perlu bangun dari tidur untuk berada sebaris dengan pemikiran orang melayu dan india yang pro establisment.

Sejarah hidup gemilang bersama selama lebih dari 50 tahun jangan cuba di goyah dan dirungkai serta ditipu dengan janji 'harapan baru' yang sebenarnya agenda anwar untuk menunganggi rakyat malaysia. Aliran pemikiran kiri cina yang menongkah arus perdana pemikiran melayu dan india tidak akan menguntung masyarakat cina secara jangka masa pendek dan panjang.

2 comments:

Anonymous said...

tok sah di pujuk org cina tu broo...

lantak diaorg la kalau nak terkeluar ke dari arus perdana.

lagi pon diaorg pedulik apa. bisness mereka untung juta2. satu sen pun mereka tak takut.

org melayu kena sedar diri. kuat bangsa kuatlah agama.

org melayu ditakdirkan menjadi penjaga islam di tanah melayu yg tercinta ini.

hantuk kan kepala hj.hadi dan nik aziz tu kasi sedar sket.

org cina dah jauh berpuluh thn berjaya dan tinggalkan org melayu, tapi melayu pas masih jual murah2 syurga neraka.

din

Anonymous said...

aku seronok baca komen warisan yang ini. cina terkepung dengan politik kiri dap.. tapi bila tiba bab raja/fuedalisma, republik, aku tersentak. bukan apa cuma aku rasa aku perlu sentuh kat sini. mungkin ramai dah lupa bahawa yang hapuskan kuasa raja rusia atau tzar adalah org rusia. yang hapuskan kuasa shah iran org iran. yang hapuskan raja-raja melayu di sumatra/jawa (kecuali di kraton) org sendiri. yang hapuskan kuasa maharaja2 di india org india. yang gulingkan raja-raja besar di eropah semua org sendiri, bukan kaum pendatang. dan baru-baru ni raja nepal terhapus, pun dek org sendiri. sama2lah kita melayu di tanah melayu ini pikirkan, ya....? sayangilah bangsa kita (bangsa kita bukan setakat di semenanjung saja, tau), raja2 kita, dan tanah air kita (dan tanah air kita bukan setakat tanah semenanjung saja, ya kawan2?) kita melayu dari gugusan kepulauan melayu... org puteh pecahbelahkan bangsa kita. tapi darah bangsa melayu tak boleh putus. salam pada semua melayu.