Thursday, April 15

Desperado Semi Value aibkan BN

SAMY VELLU berkata selepas mesyuarat tergempar MIC malam tadi, V Mugilan yang disebut-sebut calon PRK Hulu Selangor akan diambil tindakan disiplin dan dipecat. Mugilan adalah ketua pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor dan Naib Ketua Pemuda MIC Malaysia.

Samy Vellu bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat tergempar itu dgn wajah yang amat tension. Dia memberi kata dua kepada V Mugilan untuk menyatakan pendirian sebelum 10 pagi ini.

Kita nak ucapkan tahniah kepada Samy yang telah mengusutkan lagi kekalutan BN sebelum berjuang. Macam mana calon MIC nak menang jikalau sebelum masuk gelanggang pun heboh sekampung dengan masalah dalaman nya.

Samy sekadar ingin mengaibkan BN dan ketegasan Pengerusi BN, DS Najib. Samy nak cuba "buli" DS Najib. Seboleh-bolehnya Samy nak kan Datuk G atau Kamalanathan. Untuk rekod, Kamalanathan adalah Ketua Penerangan MIC Pusat dan saudara kepada Samy Vellu.

Cabaran untuk Pengerusi BN adalah samada hendak menonjolkan calon rakyat atau tunduk kepada tekanan Samy Vellu yang semakin tidak revelan kepada perjuangan BN. DS Najib berjuang untuk rakyat tetapi Samy Vellu berjuang untuk suku sakatnya.

No comments: