Selepas kalah dalam PRU 12 sejak 2 tahun lalu, banyak lagi yang pemimpin BN kena belajar dari kebijakan akal rakyat. Kekalutan pemimpin komponen menyerlahkan kebenaran bahawa BN rosak kerana pemimpinnya bukan ahlinya.
Pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan ketamakan, kerakusan, kediktatoran pemimpin MIC Samy Vellu. Dia terus "undermined" akal pemikiran rakyat. Dia langsung tidak muhasabah diri jauh dari belajar apa yang berlaku dalam PRU 12.
Tiba masa nya agar parti lain yang mewakili masyarakat India diterima masuk sebagai komponen BN. MIC sudah menjadi liabiliti yang semakin berat untuk terus didokong oleh BN ketika mana Samy Vellu dilihat sebagai ikon yang gila kuasa. Terima lah IPF atau Parti Makkal Sakti jikalau itu wahana yang dikehendaki oleh masyarakat India.
Sementara UMNO tunduk merendahkan ego dengan tidak mengambil kerusi Hulu Selangor yang 54% pengundinya orang melayu dari MIC, ia dilihat sebagai menghampakan ramai pengundi Melayu. BN kena akur bahawa rizab besar peminatnya datang dari umat melayu. Tetapi jika isihati orang melayu ini ketepikan, kita takut mereka akan beralih arah.
Kuota peruntukan kerusi parti sebenarnya juga sudah tidak relevan dalam arus kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat bukan hendak quota dipatuhi tetapi perubahan jauh lebih utama dari mementingkan kouta. Nampaknya BN terpelusuk dalam peraturan yang memerangkap gergasi besar ini. Dalam hal ini pendekatan PKR yang mengutamakan populariti calon dikira sebagai strategi politik terbaik masa kini.
Cabaran besar Pengerusi BN adalah untuk "potong" mana-mana penyakit yang dihadapi oleh komponen BN. Masa sangat mencemburui. Bimbang nanti tidak akan sembuh menjelang PRU 13, 3 tahun lagi.
Hulu Selangor membuka pekung sebenar MIC, yang menjadi barah yang semakin sukar diubati, bimbang penyebab BN berada di hujung hayat. Rakyat mahukan perubahan. Itu saja fomula yang rakyat mahupun. Susah sangat ke nak faham !
Ketegasan DS Najib menjadi penentu masa depan BN kehadapan ini. Umat melayu menuntut !
No comments:
Post a Comment