Friday, April 16

Harakahdaily hentam Calon PKR

Orang ramai yang menghubungi Harakahdaily, berkata bahawa Zaid Ibrahim cuba bertindak membela Lina Joy dalam permohonannya untuk menukarkan label 'Islam' dalam kad pengenalannya.

Dalam akhbar tempatan beliau dipetik sebagai berkata, bahawa isu menukar agama pada kad pengenalan bukanlah bermaksud bahawa Islam dalam ancaman.

"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam," katanya di sebuah forum bertajuk 'Freedom of Religion and the Federal Constitution,' anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini 9 September lalu.

Ahli panel pada forum tesebut adalah pensyarah dari Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Mohammad Hashim Kamali yang membentang topik 'Human Rights and Islam' dan Zaid sendiri.

"Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya?

"Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu?" tanyanya.

"Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam," kata Zaid.

Beliau turut menyifatkan rakan ahli Parlimennya menonjolkan 'kebodohan' apabila tidak berpuas hati tentang kelemahan undang-undang yang disifatkan membuka ruang lebih ramai umat Islam untuk murtad.

"Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita?" tanyanya lagi.

" Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman," katanya.

Ramai yang kecewa dengan sikap Zaid yang secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad.

Seorang pemanggil yang tidak mahu dikenali, berkata jika Zaid bercakap tentang hak dan kebebasan beragama, kenapa agama Islam pula dinafikan haknya yang mahu umat Islam melaksanakan hukum-hakamnya seperti mematuhi undang-undang hudud yang termaktub dalam al-Quran."Islam ada undang-undang hudud, kenapa dinafikan haknya dan Zaid sendiri pernah mencabar undang-undang tersebut di Kelantan," katanya.

"Kenapa tiba-tiba nak membela hak dan amalan orang lain sedangkan agama sendiri dinafikan haknya," kata pemanggil tersebut.

Majlis itu dihadiri seramai 500 orang terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi kerajaan, ahli Parlimen, wakil kedutaan asing, ahli kehakiman, Majlis Peguam, persatuan agama dan budaya serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

komen warisan :

Apa khabar Nik Aziz ? Sendiri mau ingat lah !

3 comments:

Mozas said...

Lanjutan kisah Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim. Baca di sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html

Mozas said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Pak Warisan

Kalu mu nak jelas apa yang dato' zaid cakap bacalah sendiri penjelasan beliau dalam web zaib greeboc. apa sebab beliau cabar hudup. dan bela lina joy.

bagi kawe kes lina joy adalah satu lagi kelemahan peranan badan islam dalam kerajaan bn, kerana gagal memberi tunjuk ajar dan bimbingan dan ambil tahu ttg kehidupan lina joy selepas peluk islam.

bagi saya baik kita bagi kan hak kepada lina joy balik pada agama asalnya kerana beliau tidak pernah amalkan apa itu agama islam. adakah kita nak umat islam kualiti macam itu, bagi saya kita nak penganut islam yg berkualiti apabila ia peluk islam bukan kuantiti semata-mata2. ada paham