Friday, May 21

Cuma rm 1 untuk orang cina, TAHNIAH Khalid !

Tak percaya ke ?? Ya benar, beli tanah di Selangor sekarang serendah rm1 sekaki persegi. Bukan tanah kubur. Tanah betul untuk tapak rumah atau buat pertanian atau buat kilang.

Bukan rampas ! Macam kat Kg Buah Pala Penang yang Guan Eng bagi sokongan 100%. Rampas tanah ini lah yang menjadi punca ramai orang India beralih arah sokong BN sekarang. Rampas merampas sekarang akan menjadikan kerajaan yang ada tumbang. Ingat bagaimana Khir Toyo dulu cuba nak rampas Kuil India di Shah Alam. Itu lah antara punca Selangor hilang dari sokongan rakyat untuk BN.

Di bawah program MB Khalid pemberian tanah kepada rakyat di Selangor harga nya sangat murah. Kenapa murah premium nya ? Cuma rm1 sekaki. Maknanya kalau 4,000 kaki persegi cuma bayar rm4,000 sahaja.

Tapi ada syarat-syaratnya. Antara syarat tersebut adalah, pemohon mesti berbangsa cina. Ya cina. Melayu atau india atau sikh atau serani, itu lain harga. Yang istimewa adalah untuk orang cina, kalau yang melayu pohon, dia kena bayar rm10 sekaki persegi. Maknanya kalau dia mohon 4,000 kaki, dia kena bayar rm40,000.

Kenapa untuk cina sahaja yang murah ini ? Soalan itu "irrelevant". Cina adalah bangsa yang istimewa di Malaysia sekarang. Bagi Khalid rezab undi Pkr, Dap dan Pas adalah kepada bangsa cina. Jadi Khalid kena bagi yang terbaik dan beri layanan yang sangat istimewa untuk bangsa yang berasal dari tanah besar cina ini.

Sama rata sama rasa. Jadi kena bagi sama rasa walaupun tak sama rata. Bagi cina tanah, melayu pun kena bagi. Tapi kena bagi harga istimewa untuk orang cina. Sangat murah.

Orang melayu tak boleh marah. Sebelum ini Khir Toyo banyak tolong melayu, sampai hadiahkan penyapu kepada orang melayu. Kali ini Khalid cuma nak hadiahkan tanah kepada orang cina. Maka nantinya berduyun-duyun lah cina Seputeh, cina Kepong, cina Bukit Bintang yang akan menjadi warga Selangor dan seterusnya menjadi pengundi. Terjamin lah masa depan Pkr, Dap dan Pas di Selangor untuk selama-lamanya.

Program pertama pemberian tanah ini telah dilaksanakan di Sekinchan dalam Daerah Sabak Bernam. Ia dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat ke seluruh daerah di Selangor. Sambutan sangat menggalakkan dari kaum cina nampaknya dan Khalid berazam untuk meneruskan usaha pemberian tanah secara besar-besaran kepada orang cina ini.

Ini lah namanya perubahan. Perubahan mencabut hak istimewa orang melayu dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan Perubahan
menjadikan cina bangsa sangat istimewa di Tanah Melayu.

9 comments:

Anonymous said...

Salam Pak warisan


tunjukkan bukti dulu, baru boleh buat tuduhan jangan main sedang tulis aje.

Anonymous said...

aku keje kat pej tanah selangor.(daerah dirahsiakan) xpenah pun dengar cite nih. sume primium masih sama.

Mohd said...

Khalid tu tunggul sahaja. Dia adalah seorang MB boneka yg akan mengikut arahan2 DAP.
Macamlah dulu Nizar jadi boneka DAP di Perak, di mana tanah2 Cina di kampung2 baru Cina diberi pajakan 999 tahun. Dgn cara itu, tanah Cina itu akan 10x lebih nilai dpd tanah orang Melayu yg dapat pajakan paling lama hanya 99 tahun.
Di Selangor ni, tanah Cina akan lebih nilainya sebab geran bebas tetapi tanah Melayu tidak bernilai sebab geran merah iaitu Rizab Melayu tetapi mahal utk mendapatkannya.
Sekarang tak kanlah tak nampak lagi muslihat jahat DAP yg kononnya sama rata sama adil dlm Pakatan!

Anonymous said...

SIAL Khalid Ibrahim, memang SIAL..

Anonymous said...

aku suka sikap khalid ni. bagus. bagus betul. dia buat macam ni kerana dia sengaja nak sedarkan mb2negeri perintah bn. dah lama sangat dah mb2 bn memerintah di negeri2 tanah melayu kenapa tak nak bagi tanah murah kat org melayu. kalau khalid bagi rm1 untuk sekaki, mb bn bagilah rm1 untuk seekar. letakkan syarat yang boleh layak adalah orang melayu saja. turunkan cukai2 tanah org melayu. yang bukan melayu (banyak dalam bandar2) naikkan 10000% kalau orang lain marah, tunjukkan alasan yang khalid buat. dia boleh buat kat cina, mb bn boleh buat kat melayu. tapi mb bn sanggupkah?

Harimau-Menaip said...

Bro.,

Kau pautkan rujukan paling reliable untuk aku kondem sampai mampus diorang ni.

Aesya Zealous said...

ah malay should know more what our country had done for them since long time ago. Melayu kena maju drpd bgsa lain. buang sifat malas.

joe said...

kalid dah gila babi!

Erynn said...

Sahih ke berita ni atau sesaje nak buat sensasi?
Ada bukti?