Sementara Dap menambahkan kerusinya di Parlimen, PKR telah hilang kerusinya satu persatu. Sudah 5 kerusi PKR "disedekahkan" kepada parti bebas. 5 MP Pkr ini telah menjadikan diri mereka bebas dari cengkaman kuku besi Anwar, penasihat parti itu.
Adalah difahamkan ada 3 lagi MP Pkr sedang membuat perhitungan terakhir untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman ini. Manakala 3 ADUN Pkr Kedah juga ingin membuat perkara yang serupa kerana sudah tidak tahan dengan pelbagai tohmahan yang di lemparkan kepada mereka.
Ini namanya REVOLUSI. Revolusi meninggalkan parti yang semakin kendang. Ianya revolusi kerana yang dah keluar 10 MP dan ADUN. Manakala yang cuma tinggal tunggu masa ada 6 lagi. Semuanya 16 orang, revolusi lah itu namanya. Ramai. Ini satu rekod dalam politik negara ini.
Kenapa Revolusi meninggalkan parti ini berlaku ? Ya kerana krisis kepercayaan dan kepimpinan yang amat sangat dalam parti 3A ini (Anwar, Azmin, Azizah). Ini adalah kemuncaknya MP dan ADUN itu tak percaya sesen pun kepada kepura-puraan dan lakonan 3A itu. Kalau pemimpin kanan sendiri pun tak percaya parti sendiri, bagaimanakah rakyat nak dirasuah untuk percaya dan beri sokongan kepada Pkr??
Di Parlimen sekarang MP Dap ada 29, MP Pkr ada 24, MP Pas ada 23, MP Bebas ada 8, MP Psm ada 1. Nyata Dap sekarang mempunyai kelebihan 5 kerusi untuk menjadi ketua pembangkang. Jadi Dap wajar melantik ketuanya untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
Dengan penurunan jumlah MP Pkr dan kenaikan jumlah MP Dap di Parlimen ini juga maka dengan sewajarnya lah Anwar Ibrahim wajib meletakkan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Parlimen Malaysia. Secara konvensyennya parti pembangkang paling ramai lah yang menjadi Ketua Pembangkang. Adakah Anwar manusia yang tak tahu malu, yang tidak mahu melepaskan jawatan, yang gila kuasa nak jadi ketua ??
Parti-parti pembangkang harus mengikut tuntutan demokrasi, bukan tuntutan nafsu dalam sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Sistem ketua pembangkang diberikan kepada parti pembangkang diparlimen wajar dihormati. Anwar kena letak jawatan.
1 comment:
Putrajaya semakin jauh dari Anwar.
Umno must change
Post a Comment