Thursday, May 27

Surat Terbuka untuk Nurul Izzah

Alahai si cantik manis, kamu tak tahu apa erti perjuangan.
Kamu menang di Lembah Pantai pun kerana menang nasib. Selama 2 tahun kamu jadi MP Lembah Pantai, apa kamu buat? Ada kamu selesaikan masalah rakyat ? Haprak. Habuk pun tak da. Makan gaji buta.

Kamu tak tahu erti perjuangan. Kamu anak orang senang. Kamu bukan anak posmen, bukan anak polis, bukan anak penoreh getah, bukan anak nelayan atau bukan anak petani. Kamu tak pernah menapak ke sekolah, jauh sekali memijak lumpur.

Kamu bukan anak kampung, juga bukan anak setingan. Besar kamu di bandar, kota kosmopolitan PJ dan Damansara. Rumah besar, bungalow. Air cond, astro. Tak pernah beratap rumbia. Tak pernah kena titisan air hujan.

Kamu melayu elite kelas bangsawan. Yang mengherdik kami yang dibawah bagai haiwan. Tapi kamu lupa, hebat mana pun tupai melompat akhirnya dia akan terjatuh ke bumi jua.

Apa yang kamu tahu tentang perjuangan ? Pernah berentap dengan FRU - tanya Hamdan Taha. Pernah masuk lokap, penjara dan Isa kerana perjuangan- tanya YB Ezam Md Nor. Sudah lama kami reformist diperkudakan oleh bapa dan keluarga kamu. Itu dulu, sekarang kami sudah tahu yang mana emas yang mana suasa, yang mana intan, permata dan kaca. Kita tahu bagaimana duit parti, kamu sekeluarga selewengkan.

Akhirnya kamu dan keluarga kamu terus hidup kaya raya dan berfoya-foya. Cuti rehat kamu di London, Dubai dan Istanbul. Cuti rehat kami cuma di pantai morib. Kami reformist ini hidup melarat, dibuang kerja, meniaga bankrap.

Wahai sicantik manis. Jangan jadi barua dan boneka bapa sendiri. Jangan berlakon lah. Kita boleh cerita segala-galanya tentang politik dalaman keluarga kamu. Kamu bukan tak kenal Saiful. Dia kawan Ihsan, adik kamu. Kamu yang bawa Saiful masuk kelab elit IKD. Rupanya tak sempat kamu didik Saiful, dia telah disambar dibawa ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura sebagai pembancuh kopi. Kamu lembap, bapa kamu lebih pantas dari kamu dalam bab sambar menyambar.

Tarbiyah lah bapa kamu agar dia bertaubat Nasuhah. Itu lebih baik dari kamu terus berlakon, berdusta dan menipu rakyat. Kamu boleh tipu rakyat hanya sekali tetapi kamu tidak akan berjaya menipu rakyat pada setiap kali.

Alahai apa standard pengalaman, perjuangan dan kepimpinan kamu berbanding dengan YB Ezam Md Nor yang pernah mengoncang bumi malaya dengan gerakan Reformasi. Bagai langit dengan bumi.

Standard kamu cuma dengan Ketua Puteri Umno. Namun kalau masuk gelanggang, mahu kamu tumbang TKO dibuatnya.

6 comments:

Anonymous said...

Satu keluarga sudah masuk jerat permainan si papa kaki jubo...Ha ha ha hanya masa yang tentukan untung nasib keluarga pengkhianat Melayu nih....Talian hayan dah sampai penghujung...
x-reform

Anonymous said...

Dulu masa reformasi tak payah tubuh seketriat pun orang ramai "berduyoon" tiba untuk sokong anwar... sekarang letak 1800 seketriat luar dan dalam negara sekali pun aku berani kerat jari tak ada sorang pun yang "berduyoon" nak membantu...
Kepada AMK si boboy tembam Sam
Perabih karan letrik jeee...

Wake UP! said...

Takkan Nurul Izzah tak tahu 'skeleton in the closet' keluarganya?

Aku tak percaya dia tak tahu hobi luar biasa bapuknya itu.

Jesus Christ is not the same as Allah.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam,

Wakil-wakil rakyat PKR yang baru pegang wakil rakyat baru kena tangkap dah menyalak macam anjing kurap kena balun dengan beluti.

Makan nak sedap dalam penjara dan lauk telor bukanlah pilihan utama...

pejaga waktu said...

Kalau kerturunn nya tidak baik akn keluar kerturunan yg tidak baik juga buat macam mana pun keluar nya tidak baik Nurul Izaah ada lah perwaris baka yg tidak baik tu dulu keluarga kamu telah banyak mengaibkan org sekarang keluarga kamu telah diaibkan itu adalah pembalasan dari allah jangan mengheret rakyat dalam persolan kes liwat bapa kamu,kamu pasti tahu kalau nama nya anak pasti tahu apa perbuatan bapa kamu cari lah dan siasat lah dengan cara kamu adakah betul atau tidak kamu tahu sendiri apatah lagi ibu kamu tentu dia lebeh arif lagi tentang bapa kamu setiap perbuatan bapa kamu bolih dirasai ibu kamu cukup lah keluarga kamu membohongi rakyat malaysia demi sempati bapa kamu yg telah melakuan perbuatan yg keji lagi di hina oilh allah dan para nabi.

Anonymous said...

Cukup-cukuplah Nurul Izzah! makin kau menyalak makin ramai yang akan membuka keaiban keluarga kau. Sekarang ni tahun 2010 bukan tahun 1999. Ramai yang dah merana dik perbuatan terkutuk Anuar Ibarahim. Wan Azizah dah kenyang sangat makan hati berulam jantung.