Friday, May 7

Surat Terbuka Untuk Zaid Ibrahim

Apa khabar Sdr Zaid Ibrahim, lawyer terkenal seantero dunia ?

Selepas kamu kalah di Hulu Selangor, kenapa lah kamu berlaku kurang ajar kepada Raja Melayu di Negeri Selangor dan Jajahan takluknya ini. Kami masih ingat apa Anwar cakap di Hulu Selangor ' Zaid Ibrahim akan membela rakyat Hulu Selangor dan memperjuangkan kedaulatan bangsa melayu. ' Nasib baik lah kamu tidak menang.

Allah mentakdirkan kamu untuk kalah kerana kalau kamu menang, kamu akan menjadi manusia yang lebih buas. Ini buktinya, belum menang pun kamu sudah serang Sultan. Kalau menang nescaya Negeri Selangor ini akan terbalik.

Begitu juga boss kamu Anwar, Allah mentakdirkan dia menjadi TPM sahaja kerana kalau dia jadi PM dia akan menjadi pemimpin yang sangat buas. Waktu jadi TPM pun sudah balun macam-macam, kalau jadi PM nescaya tolak kayu dengan kayu sahaja.

Sultan kami DYMM Sultan Selangor merupa raja yang lebih pintar, bijaksana dan cerdik dari kamu Zaid Ibrahim. Kamu jangan nak berbicara dengan Tuanku Sultan yang punyai pengalaman puluhan tahun menjadi Sultan dan Raja Muda di Negeri Selangor dan jajahan takluknya. Tuanku amat arif dan faham bila baginda bertitah.

Sdr Zaid,

Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut :

" Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya."

Perkara diatas dengan jelas menyebut kuasa mutlak dan eksklusif Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di Negeri masing-masing.

Fasal XLVIII. (1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pula menyebut :

"The Head of the religion of the state shall be His Royal Highness dan His Royal Highness may cause laws to be enacted for the purpose of regulating religious affairs and for the Constitution of a Majlis Agama Islam, to be called in English "Council of Religion of Islam", to aid and advise His Royal Highness in all matters relating to the religion of the State."

Tuanku Sultan dalam hal ini adalah jelas seorang Ketua Agama Islam Negeri Selangor yang mutlak, yang berhak membuat atau mengarahkan sebarang titah (arahan) mengenai hal ehwal Islam di Negeri Selangor Darul Ehsan. Malah kuasa Majlis Agama Islam cuma membantu atau menasihat Baginda Sultan mengenai perkara ini.

Menteri Besar jauh sekali, beliau langsung tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap perkara-perkara berhubung Hal Ehwal Islam di Selangor. Khalid Ibrahim kena faham lah, jangan nak main hentam keromo sahaja.

Dengan kuasa mentadbir Islam ini lah pelbagai Enakmen Pentadbiran Islam di perbuat di Negeri kami ini sejak merdeka hingga ke hari ini. Kita ada Enakmen Pentadbiran Islam, Enakmen Keluarga Islam, Enakmen Keterangan Islam, Enakmen Atucara Jenayah, Enakmen Atucara Mal dan pelbagai lagi.

Sebagai Ketua Negeri, Baginda Sultan Selangor sangat peka terhadap pelbagai perkara yang berkaitan dengan pembangunan negeri ini khusnya mengenai Hal Ehwal Islam. Kerana itu Baginda pernah menitahkan perkara khusus mengenai Pengurusan Masjid pada 18 September 2009. Perkara ini kamu dan tok guru kamu politikkan dan polemikkan.

Kami siarkan sepenuhnya Titah Penuh DYMM Sultan Selangor Berkaitan Pengurusan Masjid untuk tatapan khusus Sdr Zaid Ibrahim -


PEMBERITAHUAN

Menjunjung Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang menitah dan mengingatkan kepada pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid bahawa:

1. Pemegang Amanah Tunggal
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam negeri Selangor.

Seksyen 96 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

2. Penggunaan Masjid
Masjid-masjid di negeri Selangor hendaklah digunakan sebagai:
a. Tempat untuk orang-orang Islam beribadat, terutamanya untuk mendirikan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat;
b. Pusat kegiatan agama Islam dan penyebaran dakwah; dan
c. Pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAIS dan maklumat lain.

Masjid tidak boleh digunakan sebagai:
a. Gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah
b. Hotel, rumah tumpangan atau tempat penginapan.

Kaedah 34 (1) dan (2), Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001

3. Tauliah Ceramah Dan Mengajar
Penceramah di masjid-masjid hendaklah mempunyai tauliah dan mana-mana orang yang mengajar tentang Agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

4. Menjaga adab-adab semasa di dalam masjid seperti:
a. Solat Tahiyatul Masjid dan Niat Iktikaf
b. Sentiasa menyebut nama Allah
c. Menghentikan percakapan berunsur cacian, memfitnah, menyakiti hati dan menghina Islam

5. Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah
a. Setiap masjid hendaklah ditadbirkan oleh pegawai masjid dan suatu Jawatankuasa Kariah

Kaedah 6 (1), Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001

b. Nazir sesuatu masjid hendaklah mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid

Kaedah 15 (a), Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001

c. Dalam melaksanakan tugasnya, pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Seksyen 103, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003Kaedah 6 (4), Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001

6. Menghina Pihak Berkuasa Agama
Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan perintah atau arahan –

a. Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam;
b. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS);
c. Mufti, yang dinyatakan atau diberikan fatwa, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor turut menitah dan berpesan kepada semua orang Islam khususnya orang Melayu sentiasa mengeratkan perpaduan dan persefahaman”

18 September 2009 - 28 Ramadhan 1430H

PENGERUSIMAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

DATO' SERI UTAMA DIRAJAMUFTI SELANGOR

PENGARAHJABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR


Kami sangat berharap Sdr sedia berubah dan akan berubah menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap hubungan manusia dengan Allah dan manusia dengan manusia. Semoga sdr boleh menjadi warga Selangor yang setia kepada Raja dan Negara, itu rukan negara yang kedua.

Semoga kamu rajin-rajin lah balik Kota Bharu, singgah berguru di masjid tok guru. Kami di Selangor tidak memerlukan manusia seperti kamu. Kalau dapat kamu balik kampung, itu lebih baik.

Berubah lah, Jangan terus terusan menjadi manusia yang Jahil Murakab.

-Gerakan Anak Muda Malaysia - Selangor (GEMMA) -

1 comment:

Esperalzi said...

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi bahawa sembilan dari negeri-negeri di Malaysia masih berSULTAN! Syukur kepada Allah bahawa di empat negeri tak berSULTAN, Yang DiPertuan Agong masih Ketua Agama.

Syukur kepada Allah bahawa di Malaysia hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bidang kuasa Raja-Raja MELAYU.

Tak dapat dibayangkan apalah nasib orang Islam dan Melayu jika kita tiada Sultan dan Yang DiPertuan Agong.

Tak dapat dibayangkan jika hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat yang nanti dikuasai oleh orang2 "Melayu" sellout (Melayu penjual Melayu) dan rosak seperti ZAID IBRAHIM, NIK NAJIS, ANWAR IBRAHIMOWITZ, NIZAROVSKY JAMALUDDIN, KHALID CHRISTIAN SAMAD dan KHALID GAGAP....HANCURRRRRR Melayu dan ISLAM!!