Friday, June 25

Bolehkah Khalid di selamatkan ?

Kerusi Menteri Besar Selangor merupakan kerusi MB yang paling panas, berbanding negeri-negeri yang lain. Kenapa ini berlaku ? Tidak lain tidak bukan kerana selangor adalah negeri yang paling maju dan negeri yang paling makmur ekonominya.

Sedari awal rakyat boleh melihat betapa rapuh sebenarnya Khalid Ibrahim menjadi menteri besar. Khalid tidak ada pengalaman politik. Dia pernah kalah bertanding sebagai ketua umno cawangan dan ketua umno Bahagian Kuala Selangor berpuluh tahun dahulu.

Khalid mungkin hebat sebagai ahli korporat. Itu pun disebabkan oleh orang kelilingnya yang hebat-hebat dan di bayar gaji besar - semasa dia berada di PNB. Itu cara pengurusan korporat dimana setiap pegawai kanan diberikan gaji dan "perks" yang tinggi untuk menjayakan matlamat syarikat agar boleh mencapai untung besar dalam perniagaan nya.

Kegagalan Khalid yang pertama adalah apabila membiarkan PKR mengutip wang dari beberapa syarikat ketika parti itu meraikan pemerintahan 100 hari di Selangor. Hasilnya seorang pegawai khasnya dihadapkan kemahkamah atas tuduhan rasuah.

Kegagalan Khalid yang kedua adalah apabila dia mempertahankan Exco Bogel Selangor untuk terus kekal sebagai Exco kerajaan negeri walaupun gambar bogelnya jelas terpapang di internet. Khalid berkompromi dalam soal akhlak.

Kegagalan Khalid yang ketiga adalah apabila dia membiarkan Ronnie dan sekutu-sekutu menguasai pejabat SUK tanpa batas. Bangunan SUK bagaikan "china town" di Selangor. Di pejabat Exco ada Bar. Di pejabat exco ada kumpulan gangster buat mesyuarat. Tragedi TBH adalah malapetaka dari keganasan kumpulan gangster yang menyerapi barisan Exco khalid.

Kegagalan Khalid yang keempat adalah apabila dia membelasah kakitangan kerajaan negeri. Kakitangan di tuduh sebagai agen Umno sedangkan mereka sebenarnya pernah menyampah dengan Umno. Khalid membiarkan setiap keputusan Exco dibuat berdasarkan kepentingan politik pembangkang semata-mata.

Kegagalan Khalid yang ke lima adalah apabila dia melantik ramai suku sakatnya menjadi konsultan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Khalid tak percaya kebolehan kakitangan awam. Dia melantik begitu banyak konsultan untuk menjadi penasihat setiap Exco. Mereka dibayar gaji yang sangat mahal, sedangkan sampai sekarang sudah lebih 2 tahun hasilnya tiada.

Kegagalan Khalid yang keenam adalah apabila dia gagal menyelia GLC Selangor dengan sempurna. Khalid membuang pekerja melayu dalam GLC dengan pelbagai alasan. Sementara itu pelbagai jawatan baru diwujudkan dan dibayar dengan gaji yang sangat tinggi, jawatan yang diberikan kepada kroni-kroninya.

Kegagalan Khalid yang ketujuh adalah skandal rasuah pasir selangor. Dia sudah sebut dalam pembentangan Budget kerajaan negeri bahawa dia akan dapatkan rm150 juta hasil pasir untuk selangor. Namun selepas setahun dia hanya sumbangkan rm4.6 juta. Mana pergi nya duit yang dijanjikan oleh Khalid? Tentunya pergi bawah meja dan masuk poket? Masuk poket siapa? Ini merupakan skandal yang terbesar yang melibatkan rasuah jutaan ringgit sebulan.

Kegagalan Khalid yang ke lapan adalah apabila dia melantik bekas timbalan pengurus besar pkns sebagai penasihat kewangannya. Dia juga telah memberikan jawatan pengurus besar PKNS kepada kroninya dengan bayaran gaji, elaun dan "perks" hampir rm100, 000 sebulan. Kakitangan PKNS sangat kecewa apabila orang luar dilantik sebagai pengurus besar, sedangkan dalam PKNS sendiri terdapat ramai pegawai-pegawai kanan yang sangat berpotensi.

Kegagalan Khalid yang ke sembilan adalah apabila dia terlalu percayakan setiausaha politiknya bulat-bulat. Khalid di tikam dari belakang oleh supolnya sendiri. Banyak maklumat dalam pejabat MB bocor keluar. Banyak penyelewengan yang melibatkan supolnya yang kini sedang disiasat oleh pihak berwajib.

Kegagalan Khalid yang ke 10 adalah apabila dia gagal merancang dan membangunkan terus selangor dalam tempoh 2 tahun lebihnya dia menjadi MB. Datang lah selangor, jalan berlubang dimana-mana sehaja. Datang lah selangor, sampah sarap tidak dikutip. Datang lah selangor, ekonominya semakin merudum sekarang. Datang lah selangor, bilangan kuil, tokong dan gereja jauh lebih banyak dari masjid dan surau sekarang. Datang lah selangor, akan ada pertandingan buat ice cream, makan ice cream dan jilat ice cream.

Khalid lupa putaran sejarah. Dia patut baca sejarah Datuk Harun Idris, sejarah Tan Sri Muhammad Taib, sejarah Datuk Abu Hassan dan yang terbaru sejarah Datuk Seri Dr Khir Toyo. Pelbagai skandal, rasuah, penyelewengan dan penipuan yang dilakukan di zaman Khalid menjadikan dia bakal mengikut jejak langkah Mb-Mb selangor yang kontroversial sebelumnya.

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Tak banyak beza rasanya bekas2 MB Selangor dengan yang ada sekarang, malah sama 'pulun' dengan MB di negeri2 lain samada pembangkang atau pemerintah. Itu baru MB, kalau KM macam di Pulau Pinang tentulah sedang mengumpul 'angpau' yang lebih besar.

Masalah kroni, penyelewengan dan lain2 sebenarnya bukan isu sebenar, sama sahaja siapa di situ atau di negeri lain, cuma posisi itu sendiri menjadi target untuk semua orang yang merasakan dirinya layak untuk berada di situ apabila ada ruang untuk 'tembak' dengan harapan pemegang MB itu tergolek dan dia mendapat tempat.

Contoh seperti di Pulau Pinang, oleh kerana jawatan KM itu terlalu kukuh untuk Lim Guan Eng seorang sahaja, maka tidak ada kocakan. Berbeza pula dengan Timbalan KM untuk kuota Melayu, perebutan berlaku apabila si pemegangnya tidak begitu kukuh untuk bertahan, asyik ada saja isu.

Setakat ini jawatan MB yang tidak begitu kukuh adalah seperti Selangor, Terengganu, Perlis dan mula goyah seperti di Kedah, Kelantan dan mula menular ke Johor, dulu sedikit sebanyak N9 juga bergoyang.

Anonymous said...

Salam Warisan,

Inilah MB paling bangsat dalam sejarah negeri Selangor.

Mohon UMNO bangkit dan gunakan peluang ini sebaik mungkin.

-Melayu Bangkit!!!-

Ahmad Kadri Junoh said...

Datanglah selangor... sampah sarap sana sini tidak dikutip.... BETULLLL!!!!! 10 markah.... contohnya Bandar Baru Bangi... cukup berbeza ngan masa BN perintah dulu... kalau tak caya pergi lar sana.... tepi2 jalan... penuh ngan sampah... aku ingat lagi... masa aku wat master kat UKM dulu... Bangi punyer lar bersih.... tapi sekarang.... diorang tak ambik pusing... pasal sampah2 nie... diorang cuma tau BERPOLITIKING.....

Ular Menyusur Akar said...

Kalau pun Selangor tak popular pasal apa-apa sekurang-kuarangnya popular pasal babi.

Kalau pun tak makmur pasal apa, bakal makmur pasal babi.

Antara Azmin dan Khalid, siapa yang bakal berjaya mengurus babi?

agbr47: babi dan B.A.B.I adakah sama?