Ketiga-tiga kawasan rekreasi ini di selengara oleh Tourism Selangor Sdn Bhd, iaitu sebuah GLC milik kerajaan negeri Selangor, dibawah jagaan Exco Pelancongan. Exco yang memegang potfolio pelancongan Selangor ini sekarang pernah di kaitankan dengan isu hutan simpan Bukit Lanjan. Isu ini pernah menggegarkan politik tanah air. Namun dosa hutan simpan bukit lanjan ini telah dimaafkan oleh musyidul am pas yang menjadikan umpunya hutan ini suci lagi bersih.
Di Sg Congkak, hasrat membawa keluarga dan anak-anak adalah untuk mendekatkan mereka dengan alam semula jadi. Yang diharapkan adalah agar air sungai yang jernih, air yang tidak berbau, kemudahan awam seperti tandas awam-tempat salin baju-surau serta tempat rekreasi yang agak bersih.
Ya di Sg Congkak ada tandas tapi pilinya tidak ada air, maka harum semerbak tandas itu dengan najis manusia. Tempat menukar pakaian langsung tak nampak. Kita yang lelaki nak tukar baju dan seluar tu mudah lah, tetapi yang wanita, nak nak tukar seluar baju macam mana ?
Surau ada, tetapi memang lah berselerak. Surau wanita pulak basah lencun sampai nak solat pun berkira-kira. Air sungai pulak tak sejernih dulu. Keruh pulak air sungai congkak sekarang. Dah lah keruh berbau pulak ! Soal kebersihan tempat rekreasi pulak, kalau 10 markah maka dapat lah 3 markah.
Yang paling banyak ngomel adalah isteri warisan yang pelik apa kerajaan negeri buat terhadap pelancongan tempatan. Dia merunggut, kata dia nampak sangat orang-orang besar atas ni tak pernah turun padang tengok realiti pelancongan yang berlaku di bawah. Orang ramai datang tapi tempat pelancongan macam HAMPAS. Dia kata orang politik selangor ni sama saja, malah lebih teruk yang ada ni sekarang, cakap berdegar-degar tapi soal kerja tu melaut !
Bila diberitahu exco pelancongan selangor adalah hutan simpan bukit lanjan, isteri warisan tersenyum sendirian. Padan lah dia tak turun padang, sebab dia sibuk buat video buat ice cream.
Yang sedikit melegakan bila ada mat indon yang jual ice cream. Maka warisan pun beli ice cream dan makan ice cream. Tak dapat tengok video jilat ice cream tak mengapalah, asal dapat makan ice cream hutan simpan Ulu Langat sudah le.
Cuma warisan terfikir nak buat promosi untuk buat, jual, makan dan jilat ice cream sebagai produk pelancongan negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment