Monday, June 14

Pas hanya layak jaga negeri

Nik Aziz sudah kibar bendera putih kepada Anwar. Itu signifikan. Anwar hendak beritahu satu malaya bahawa hanya dia sahaja yang layak jadi PM. Bukan Nik Aziz, bukan Haji Hadi, bukan Kit Siang.

Siapakah Nik Aziz yang buat pengumuman untuk Pas ? Sepatutnya pengumuman penting seperti ini di buat oleh Presiden Pas. Nik Aziz cuma bertaraf penasihat Pas. Jawatan dia jawatan di lantik bukan di pilih oleh perwakilan Pas. Jawatan ini adalah jawatan autokratik dan bukan jawatan demokratik.

Apakah implikasi pengumuman Nik Aziz ? Yang jelas, standard orang Pas atau pemimpin Pas tak sampai untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia. Calon yang paling sesuai untuk jadi PM adalah dari Pkr. Walaupun dia dikenali sebagai peliwat tegar atau perogol. Liwat adalah satu perbuatan seks hina yang dikutuk RasulAllah. Orang yang ada rekod liwat pun hendak di angkat menjadi PM oleh Nik Aziz.

Bagaimana pula nanti jikalau Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah atas kesalahan meliwat Saiful. Tentu dia akan di sumbat ke dalam penjara Sungai Buluh. Mungkin 5 atau 6 tahun. Siapa pulak calon PM dari Pkr. Ya, tak lain tak bukan calon PM itu adalah Azmin Ali yang sudah siap badan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Pkr dalam pemilihan parti itu tahun hadapan. Pengumuman Nik Aziz itu sebenarnya menguntungkan Azmin Ali.

Adakah Pas kepupusan pemimpin untuk tadbir negara menjadi PM ? Adakah Hj Hadi tak layak ? Ust Nasha ? Salehuddin ? Husam ? Harun Din ? Mustaffa Ali ? Adakah tahap kepimpinan mereka ini tidak sampai ketahap hendak menjadikan mereka pemimpin no 1 negara ?

Adakah kepimpinan ulamak yang dibangga-banggakan oleh Pas hanya sesuai menjadi tok iman waktu solat hajat di Stadium Melawati Shah Alam ? Mengapakah Nik Aziz meletakkan umarak dihadapan dan ulamak di belakang dalam menjadi PM Malaysia ? Tampaknya orang Pas hanya sesuai jaga negeri sahaja bukan jaga negara.

3 comments:

PAScacamarba said...

yuppp,tepat sekali,tupun takat jaga macam "jaga":)

Quantum Metal Consultant said...

Dalam PAS, naymuk tua ni kadang2 buat bising sampai satu jemaah tak boleh tidor.

Jemaah dah faham, dari sepi dan sunyi, nyamuk tua kadang2 menghiburkan juga.

Janganlah ambil pusing sangat kerana itu pendapat peribadi, tak jadi kudis pun.

jiwakita said...

salam...

selayaknya pemimpin PAS hanya jaga periuk nasi dan jawatan dalam ruang lingkup sendiri sahaja...jawatan PM?...muahhh!!! tak tergapai akan
ketanggungjawapan bakal dipikul!!

atau beri alasan lain..tenguk pada 'senioritilahhh'....