Aduan 1
Akhir tahun lepas beberapa buah syarikat kecil masuk tender membekalkan makanan ke sekolah-sekolah asrama di Selangor. Untuk dapatkan tender itu mereka pun cuba lobi melalui ketua umno bahagian dan setiausaha politik menteri pelajaran. Selepas keputusan tender dikeluarkan, alangkah hampanya tender-tender itu terlepas ke tangan orang lain. Diperolehi oleh mereka yang mirip menyokong Pkr dan Pas.
Aduan 2
Mengenai tender pembersihan sekolah-sekolah selangor bulan lepas. Lepas kurang ada hampir 60 tender. Maka masuk beramai-ramai puak-puak kelas F ini. Masing-masing guna kabel dan network masing-masing. Ada yang guna ketua bahagian, ada yang guna setiausaha politik menteri. Bila keluar keputusan tender, hampir 90 dengarnya yang guna kabel politik langsung tak dapat.
Aduan 3
Seorang kawan, isterinya yang sudah mengajar 3 tahun di Sibu Sarawak. Dia memohon agar isterinya dapat di bawa balik ke semenanjung, dia minta sokongan dari ketua umno bahagian. Namun jawapan yang diterima dari kementerian pelajaran adalah negative.
Aduan 4
Seorang kawan yang bertugas sebagai kakitangan awam di sebuah majlis perbandaran di Selangor. Berjawatan ketua jabatan. Dalam semua tender yang dikeluarkan dalam tempoh setahun ini semuanya open tender. Namun dalam mesyuarat tender masing-masing ahli majlis berebut sesama mereka. Semua kerja-kerja tender di faraid sesama ahli majlis. Ketua jabatan gigit jari.
Warisan nak ucapkan syabas kepada Pak Menteri pelajaran yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kakitangan awam untuk membuat semua keputusan tender kementeriannya. Nyata langkah pak menteri telah membuatkan ramai rakyat gembira terutamanya orang yang sokong Pas, Pkr atau Dap. Open minded pak menteri telah menjadikan semua rakyat boleh cari makan tanpa pilih bulu walaupun mereka menyokong kuat parti pembangkang.
Pak menteri tak kisah orang-orang umno atau pemimpin umno tak boleh cari makan. Ketua umno bahagian sudah tak penting untuk pak menteri. Yang penting adalah rakyat. Yang mengundi adalah rakyat dan bukan ketua umno bahagian seorang.
Pak menteri juga nampaknya tak kisah apabila mereka yang dapat tender itu adalah dikalangan kroni-kroni Tksu, Sub, kp atau tkp. Tksu, Sub suka sakan dan mereka boleh berbuat apa sahaja keputusan asalkan syarikat tersebut boleh kautim dengan mereka.
Sistem pentadbiran Ds Najib sekarang bukan parti menguasai kerajaaan tetapi kerajaan dikuasai oleh Ksu, Tksu, Kp dan Tkp. Maka terpinggirlah kuasa politik Umno Bahagian apabila cadangan dan sokongan mereka dibakul sampahkan.
PRU 13 akan diadakan dalam masa 3 tahun. Sudah kah umno sihat dan bertenaga untuk beradu tenaga. Atau sebenarnya umno masih nyenyak tidur dibuai mimpi. Atau terdapat jurang pemisah yang besar sekarang antara pak menteri dengan pucuk pimpinan umno Bahagian.
Jikalau ruang ekonomi yang ada terus dikuasai oleh pentadbir, kita amat bimbang nantinya orang Pkr, Pas dan Dap yang berhorei. Sementara mereka terus-terusan menguasai ekonomi di 5 negeri yang mereka memerintah, kuku ekonomi mereka juga sebenarnya sudah menjalar hingga Putrajaya.
1 comment:
Nampaknya keterbukaan di zaman PM yang suka tidur sudah mula berleluasa.
Will scroundrels be fair in their probe?
Post a Comment